Friday, December 7, 2012

DENGAN UTUSAN BERANI, DENGAN MALAYSIAKINI BERANI KAH??


Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Difahamkan, Nurul Izzah menyaman Kumpulan Utusan hanya disebabkan 4 artikel yang telah disiarkan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia :

1. "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

2. "Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu".

3. "Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik"

4. "Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara Pluralisme agama" - bertarikh 6 November 2012.

Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menuntut injunksi kekal ke atas Utusan Malaysia bagi menghalang akhbar tersebut terus menyiarkan artikel sama.

Kenyataan di atas GR petik dari apa yang Nurul Izzah lakukan ingin menyaman Utusan Malaysia. Tapi sedarkah beliau saluran media mana yang pertama sekali keluarkan artikel tersebut. Ok lah kita ambil kira jika mahu berlaku adil dan saksama. Jika ingin menyaman Utusan Malaysia yang dikatakan 'memutarbelitkan' kenyataan beliau mengenai Murtad, kenapa tak saman Malaysiakini sekali. Mereka pun mengeluarkan berita yang sama. Berita yang pertama sekali keluar. Tak percaya baca ni...


Inilah orang kata "Like Father Like Son". Tak kira apa pun dah terang-terangan buat salah masih tak nak mengaku lagi. Kenapa? Anwar Ibrahim ni seorang yang maksum ka? Tak pernah buat salah langsung ka? Sesat pemikiran depa ni. Pembaca yang budiman usahlah hanyut dengan depa ni kelak kita juga yang merana.


GR kata: Berani ke saman Malaysiakini? Nanti modal kena tarik balik...habis la ek! Hi hi hi...

No comments:

Artikel pelbagai