Friday, August 31, 2012

Ucapan Hari Kemerdekaan Ketua Puteri UMNO Malaysia @Rosnah_ARS #Merdeka55 @NajibRazak

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,  

Alhamdulillah, esok tanggal 31 Ogos 2012, negara kita akan menyambut kemerdekaan ke-55 tahun.

Dalam masa kita menanti detik-detik ketibaan tarikh tersebut, seharusnya kita menghayati erti kemerdekaan sebenar dan pengisian kemerdekaan itu sendiri. Pada tahun ini, "Janji Ditepati" telah dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan.

Sesungguhnya tema tersebut memberi pengertian yang besar dan mendalam kepada semua pihak. Merenung sejenak nikmat keamanan yang kita kecapi hasil dari kemerdekaan negara, kita seharusnya bersyukur dan menanam tekad untuk mengekalkan keamanan ini pada masa-masa mendatang.

Dengan nikmat keamanan ini, negara kita Malaysia telah mengalami pelbagai proses transformasi yang menunjukkan negara semakin matang dalam menuju ke arah negara maju.

Keadaan ini memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Marilah kita sama-sama mengisi kemerdekaan dengan mengekalkan perpaduan dan keharmonian, meningkatkan komitmen dan kesungguhan, melaksanakan tugas dengan cemerlang seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kita. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN, 55 TAHUN JANJI DITEPATI! KIBARKAN JALUR GEMILANG.

Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Sumber: Komuniti Puteri

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Artikel pelbagai