Saturday, July 7, 2012

AWAS DENGAN TUKANG SATE DAN KAKI KIPAS! @Zahid_Hamidi


"Awas! Jaga-jaga dengan Tukang Sate dan Kaki kipas serta Kaki Ampu"...Itulah antara amanat yang diberikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Malaysia dan Ahli Parlimen Bagan Datoh.

Pagi tadi YB DS Zahid Hamidi telah merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang. Ahli-ahli UMNO Pasir Gudang menunjukkan semangat yang tinggi dan sudah bersiap siaga berjuang dalam PRU 13 akan datang.

Tahniah GR ucapkan kepada YB DS Khaled Nordin kerana berjaya memimpin UMNO Pasir Gudang dengan jayanya serta membangunkan Parlimen Pasir Gudang dengan baik sekali.

Dalam ucapan DS Zahid Hamidi juga memberi AMARAN kepada puak pembangkang, jangan sekali-kali cuba untuk menukar warna parti yang memerintah negeri Johor. Rakyat negeri Johor hanya menerima Barisan Nasional yang dari dulu lagi membela nasib rakyat.

DS Zahid Hamidi juga berpesan kepada semua barisan kepimpinan UMNO/BN Johor harus sentiasa turun padang jangan hanya turun bila pilihanraya mahu pun pemilihan parti. Buang semua perselisihan faham dan harus berkhidmat untuk rakyat serta membela nasib rakyat. Pertahankan negeri Johor dari dirampas oleh puak Pakatan Haprak.


GR kata: Wahai Salahuddin Ayob, jangan mimpi nak jawatan MB Johor yer!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Artikel pelbagai