Wednesday, April 18, 2012

INFO: RAYUAN BR1M DILANJUTKAN LAGI! CEPAT-CEPAT!!!


Seramai 50,172 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang gagal dalam rayuan mereka setelah tempoh rayuan ditutup pada 15 April lalu, kini boleh menarik nafas lega.

Ia berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan lagi tempoh rayuan skim berkenaan sehingga 30 April ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 331,615 pemohon telah membuat rayuan sehingga 15 April lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 kes rayuan telah diluluskan manakala baki seramai 50,172 orang gagal dalam rayuan mereka.

“Namun pemohon yang gagal dalam rayuan mereka sebelum ini kini berpeluang untuk mengemukakan kembali rayuan kerana tempoh tersebut telah dilanjutkan sehingga 30 April ini,’’ kata kenyataan itu. - Kosmo


GR kata: Apa tunggu lagi, cepat-cepat pi mohon lagi dan buat rayuan!!!

No comments:

Artikel pelbagai