Friday, April 20, 2012

FOTO PANAS: BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA...!!!


Siapa sebenarnya yang takut?? Siapa yang sebenarnya takut untuk hadapi realiti yang sebenar?? Inilah dia pemimpin yang cakap sana sini memang pandai. Tapi pada hakikatnya apa pun tak ada pada diri beliau. Jika benar beliau membela nasib rakyat, kenapa tidak kotakan janji yang dilafazkan pada rakyat ketika PRU 12.

Dan kenapa skandal yang dilemparkan kepada beliau tidak berani untuk bercakap di hadapan rakyat perkara sebenar...?? Jawapan yang tak boleh diterima ini semua fitnah dan permainan UMNO/BN. Inikah pemimpin yang rakyat Malaysia mahukan, pemikiran kebudak-budakkan. Kalau jawapan yang macam tu, Datuk Nalla ni siapa ek?? Baca di bawah :
Nallakaruppan adalah rakan tennis Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka berkawan baik selama 30 tahun lebih.

Setelah sekian lama menyepikan diri selepas dikaitkan dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau muncul semula di persada politik Malaysia sebagai Ketua Bahagian PKR Kepong, Selangor. Beliau menyertai PKR pada 2006 kerana yakin dengan kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 Nallakaruppan berjoget bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pentas kempen bagi memenangkan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim.

GR kata: Kenapa sampai la ni Anwar tak berani saman Datuk Nalla yer...???

No comments:

Artikel pelbagai