Thursday, February 2, 2012

TERKINI: Parti KITA Bungkus Buat Nasi Lemak....


Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim berkata dalam blognya pada Khamis bahawa mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan diadakan tidak lama lagi bagi membubarkan parti politik itu yang gagal dalam matlamatnya untuk menjadi sebuah parti yang menyokong idea-idea yang sederhana progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban dalam wacana politik.

Beliau dalam laman blognya berkata, EGM akan diadakan tidak lagi bagi membubarkan Kita.

"Ia perlu bagi menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa parti itu tidak menyokong pembangkang terutama beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang yang mengkritik Pakatan Rakyat.

“Mereka telah melakukan perkara ini secara berterusan dengan jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berminat dengan isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan hanya mahu memalukan dan mencemuh pembangkang.

“Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban dalam wacana politik telah gagal.

“Saya tidak berjaya membawa masuk ramai ahli yang berminat dengan matlamat demokrasi, tadbir urus yang baik dan keseimbangan untuk rakyat.

“Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu namun sebaliknya ini tidak berlaku,” katanya.


GR kata: Parti 'Syok Sendiri' memang macam ni.... He he he

No comments:

Artikel pelbagai