Sunday, January 29, 2012

HOT: TAK DAPAT JADI CALON JANGAN SABOTAJ, ITU PARASIT NAMANYA!!!


Jom kita dengar apa kata Najib:

“Contohnya ada yang dapat jadi calon…tidak puas hati, malah tindakan penyokongnya juga boleh merosakkan parti. Jadi elok kita ambil tindakan awal,”

Itu apa yang dikatakan oleh Presiden BN tapi masih adakah lagi pemimpin parti yang boleh bersikap terbuka begini?? Adakah sekarang masanya untuk pertahan jawatan yang dipegang atau pun mahukan kemenangan dalam PRU 13 nanti??

Pelbagai usaha yang dibuat oleh YAB PM untuk menyakinkan rakyat dengan kepimpinan Kerajaan sekarang. Alhamdulillah ramai pemimpin yang menyahut seruan yang dihasilkan YAB PM. Tapi dalam masa yang sama masih ada yang 'syok' sendiri untuk promote diri sendiri supaya dapat jadi calon pada PRU 13 nanti. Soal terpilih atau tidak itu semua atas keputusan YAB PM kan...so tak payah la sibuk-sibuk nak 'melobi' diri sendiri yang penting bekerja untuk parti.

Cuma GR terkejut golongan yang sebegini masih ada dalam UMNO/BN. Sebagai contoh GR penah perasan dalam satu majlis lawatan kerja YAB PM ke K.Lumpur baru-baru ini, GR tak nak mention parlimen mana nanti ada yang terasa...He he he

Jika kita sebagai satu parti kenapa perlu diletak banner Selamat Datang menyambut ketibaan YAB PM dengan organisasinya sendiri, senang citer letak muka diri sendiri yang banyak dari pintu masuk kawasan parlimen tersebut sampailah ke tempat majlis berlangsung. Ada GR dengar lagi siap dah sediakan baju untuk pengikut-pengikutnya yang terpapar muka pemimpin tu sendiri tapi tak jadi pakai pada masa PM datang, atas sebab apa GR tak pasti. Betul meroyan nak jadi calon jugak ker??? Dah macam orang yang beria-ia nak jadi PM ke 7 jer. Hi hi hi

Apa pun bersatulah itu jalan yang sebaiknya, tercalon atau tidak itu soal no. 2. Yang penting ialah kemenangan untuk parti. Nak jadi calon "Winnable Candidate" perlu merangkumi semua aspek. Akar umbi suka ngan kita, tak der masam-masam muka dan yang penting rakyat suka dengan kita...Bukan kita syok sendiri tau!!!

UMNO/BN keseluruhan perlu balik kepada landasan asal perjuangan. Bagi negeri yang tewas pada Pakatan Rakyat perlu cepat dipulangkan kepada UMNO/BN. Berjuanglah untuk parti bukan individu yang memberi dan membuncitkan perut masing-masing. UMNO/BN dan pemimpinya perlu sedar dan peka akan perkara ini. bersatulah demi parti tercinta.


GR kata: Adat kita jumpa orang...jangan lupa bagi salam yer!! Kawasan Parlimen di KL yang tewas pun perlu dikembalikan pada UMNO/BN juga...

2 comments:

rezqeen hill said...

parlimen mana ni bro? mcm best je

Gossip Rakyat said...

biarlah rahsia...yg penting penting diri sendiri. ;)

Artikel pelbagai