Wednesday, February 1, 2012

Terima kasih PM@NajibRazak, Kami Dapat Beli Buku!!!


Hari ini GR berkesempatan berjalan-jalan di shopping mall Midvalley. Sedang berjalan-jalan bersama kawan GR tergerak dihati untuk ke kedai buku MPH di sana sebab kawan GR nak beli buku di situ. Bila masuk dalam MPH, GR lihat rata-rata pengunjung di situ kebanyakannya student2 IPTA dan IPTS. Pelik juga ramai dikalangan mereka macam borong buku...rupa-rupanya mereka ini adalah student yang menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia.

Walaupun GR sudah lama meninggalkan zaman student nie, tapi dilihat raut wajah mereka begitu gembira dapat membeli buku-buku pelajaran dan juga buku yang memberi faedah kepada mereka.

GR sempat bertanya beberapa pelajar tersebut, mereka kata "Mestilah suka bang dapat Baucar Buku 1Malaysia ni, dapat beli buku-buku untuk belajar. Kami berterima kasih sangat kepada PM Najib".


Inilah tanda Kerajaan prihatin terhadap semua lapisan masyarakat dan kotakan apa yang dikatakan dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB PM. Golongan pelajar ini berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah S.W.T berikan melalui Kerajaan di bawah kepimpinan YAB PM dan Barisan Nasional.... Terima kasih Kerajaan!!!!!

No comments:

Artikel pelbagai