Sunday, January 8, 2012

TERKINI: DR HASSAN ALI DIPECAT DARI PAS!!!


TERKINI!!! GEMPAR!!! Dalam mesyuarat PAS Pusat hari ini telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr. Hassan Ali (gambar di atas) sebagai ahli PAS.

Ini adalah kenyataan Presiden PAS:

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr. Hassan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan YB Dato' Hassan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

GR kata: Dr Hassan Ali tak nak lagi jadi keldai tunggangan DAP, sedangkan PAS sekarang matlamat adalah untuk buat apa saja termasuk menguburkan perjuangan melaksanakan Hudud dan Negara Islam asalkan PAS terus kekal berkuasa memerintah bersama DAP.

No comments:

Artikel pelbagai