Wednesday, January 11, 2012

KENYATAAN MEDIA UCAPAN TAHNIAH MENTERI KDN PD PDRM!!


KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

MENTERI DALAM NEGERI


Selasa, 10 Januari 2012

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang secara keseluruhannya telah berjaya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan di sekitar kawasan mahkamah, semalam.

Komitmen dan kerja kuat seluruh anggota sejak beberapa hari lalu dalam membuat persiapan serta bertugas 24 jam jelas telah memberikan hasil yang memuaskan. Pendekatan kita di bawah semangat akta perhimpunan baru juga telah menampakkan hasil di mana anggota kita amat memahami dan berjaya melaksanakan Standard Operation Procedure (SOP) mengikut pendekatan baru ini.

Dalam pada PDRM bersikap terbuka membenarkan perhimpunan ini dilakukan secara aman, mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman 2011, pihak polis tetap bersikap tegas dan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat serta ketenteraman awam ketika menjalankan tugas semalam.

Walaupun berlaku letupan tiga bom semalam, namun anggota polis kita telah mampu mengawal keadaan dengan baik. Insiden ini masih dalam siasatan dan saya sendiri sedang memantau siasatan tersebut.

Saya meminta agar orang ramai sentiasa bertenang dan tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.


Sekian.

No comments:

Artikel pelbagai