Wednesday, January 11, 2012

BANTUAN BUKU RM 200 - BUKTI KERAJAAN KOTAKAN JANJI!!


Hari ini Kerajaan telah mengotakan janji yang dibentangkan pada Bajet 2012 iaitu Bantuan Baucar Buku 1Malaysia ke semua mahasiswa/wi IPTA, IPTS dan pelajar Tingkatan 6 di Malaysia. Bantuan ini diberikan supaya dapat meringankan beban pelajar-pelajar ini dalam menampung kos pembelanjaan pelajaran mereka dari segi pembelian buku.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk 4 keping baucar RM50 dan bukan wang tunai. Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak Kementerian dan baucar ini hanya boleh digunakan di kedai-kedai yang dilantik sahaja.

GR ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang menerima Bantuan Baucar Buku 1Malaysia hari ini. Ini menunjukkan Kerajaan juga prihatin kepada pelajar-pelajar dalam mencapai kejayaan dalam pelajaran sekaligus berjaya dalam membina masa depan yang cemerlang.


GR kata: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!!!

No comments:

Artikel pelbagai