Thursday, January 19, 2012

PANAS: PKR JAGA AGAMA SELANGOR!! PAS JAGA SUKAN - MAIN GULI!!!


Selesai sudah upacara angkat sumpah yang berlangsung semalam,di mana perlantikan Exco baru kerajaan Negeri Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hair ADUN Sijangkang telah mendapat perkenan baginda Tuanku Sultan Selangor atas kekosongan yang “dirancang” oleh pihak-pihak tertentu.

Ramai yang menjangkakan ADUN Meru yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali dan jangkaan itu jauh meleset. GR percaya, Baginda Sultan Selangor mempunyai alasan yang kukuh tidak memperkenan perlantikan Dr Rani sebagai calon pilihan yang diutarakan oleh pihak pengurusan negeri.

Bagaimana pun terdapat rombakan portfolio telah dibuat oleh MB Selangor. Di mana Dr. Ahmad Yunus akan hanya memegang portfolio Hal Ehwal Adat Istiadat Melayu dan portfolio Belia dan Sukan. Perkara ini sangat mengejutkan kerana kapasiti kekosongan yang ditinggalkan oleh Hasan Ali ialah Exco Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu .Lebih mengejutkan apabila Khalid Ibrahim telah melantik dirinya untuk memegang portfolio Exco Agama Islam!!! Pembaca bayangkan PKR yang control kesemuanya...apa menda nie???

Di manakah maruah PAS ??? Parti yang memperjuangkan Islam ??? PAS tidak diiktiraf oleh kerajaan Pakatan?? Ini adalah petanda yang jelas dan nyata bahawa sesungguhnya PAS tidak berkredibiliti dan berintegriti dalam memperjuangkan Islam !!! Satu penghinaan yang cukup besar yang harus diterima oleh PAS.

Pembaca lihatlah video di bawah...seorang MB yang tidak menghormati sikit pun tentang Islam, disaat telah masuk waktu solat Maghrib tapi boleh pulak nyalakan api ikut program cara orang bukan Islam. Tak boleh hormat ker waktu solat dah masuk wahai MB Khalid Ibrahim???




GR kata: Habislah lepas ni...agama Islam diperkotak katikkan saja oleh Pakatan Rakyat di Selangor!!! Fikir-fikirkan lah....

No comments:

Artikel pelbagai