Saturday, January 21, 2012

BR1M RAKYAT SUKA..PUAK PR NAK KATA APA LAGI!!!


KUALA LUMPUR - Kerajaan dapat mengagih bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak awal tahun ini, hasil kekuatan ekonomi dalaman negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BR1M juga merupakan hasil daripada keberkesanan kerajaan menguruskan pentadbiran negara.

"Kadar pertumbuhan negara tahun lepas melebihi lima peratus, manakala kadar pertumbuhan pelaburan swasta dari dalam dan luar negara dijangka melebihi sasaran, mencecah RM93 bilion.

"Hasil kedudukan kewangan negara yang kukuh ini, kita mampu beri (BR1M) kepada rakyat. Kewangan kita yang kukuh ini juga hasil pentadbiran kerajaan yang mantap," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Tengah Hari Bersama Rakyat dan Penyampaian BR1M di kawasan padang bola sepak Flat Sri Johor di Bandar Tun Razak di sini dalam program turun padangnya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Lebih 500 penduduk menerima baucar BR1M bernilai RM500 pada majlis itu.

Najib seterusnya berkata projek-projek pembangunan jangka panjang yang dilaksanakan, seperti MY Rapid Transit dan River of Life, penting dalam member pulangan untuk memacu ekonomi negara.

"Projek-projek ini penting, kita tidak boleh beri kepada rakyat tanpa ada pendapatan yang kian bertambah. Bila ekonomi kita bertambah, pendapatan kerajaan juga bertambah.

"Bila pendapatan kerajaan bertambah, kita tidak perlu tambah cukai malah kita boleh beri kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Najib berkata penduduk di Bandar Tun Razak perlu memberi mandat kembali kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 akan datang bagi memastikan pembangunan berterusan di kawasan itu. - SH




GR kata: Terima kasih PM!! Terima kasih Kerajaan kerana prihatin terhadap rakyat!!!

No comments:

Artikel pelbagai