Tuesday, November 1, 2011

YAB TPM Bertemu Rakyat Bdr Tun Razak!

YAB TPM bersama rakyat Bdr Tun Razak

Ini satu kelainan, buat pertama kalinya mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan diadakan dluar pejabat UMNO perhubungan di Medan Tunku,Kuala Lumpur. Kunjungan pertama beliau di pejabat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak (BTR) pada malam tadi (Isnin).

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Beliau sebelum itu bersama Timbalan Pengerusi Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan bantuan khas rakyat kepada 31 orang golongan miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta sumbangan pada 13 NGO dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Mereka menerima sumbangan dari Barisan Nasional (BN) Bandar Tun Razak berjumlah antara RM200 hingga RM1,000. Turut serta di majlis tersebut pemimpin parti-parti komponen dari Barisan Nasional (BN).



InsyAllah...Parlimen Bdr Tun Razak akan kembali semula ke Barisan Nasional pd PRU-13!!!

No comments:

Artikel pelbagai