Sunday, October 30, 2011

JOM HEBOH: Akhirnya....


Jom jom jom...JOM HEBOH telah pun berakhir malam tadi... GR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri akhirnya JOM HEBOH ke Kelantan juga walaupun sebelum ini kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan yang boleh melalaikan diadakan di Kelantan. Terkejut juga Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan Program JOM HEBOH diadakan di negeri Che Siti Wan Kembang nie.. Adakah Pak-pak Haji & Lebai sudah nampak kesannya kepada rakyat khususnya di Kelantan yang sebelum ini mereka kata program seperti ini boleh memudaratkan rakyat Kelantan. Personaliti-personaliti TV3 yang terlibat pun manis dengan bertudung dan menutup aurat mereka..

Sememangnya kerajaan negeri yang ditadbir PAS tidak konsisten dalam menangani isu seperti jika ianya dikaitkan dengan kekurangan hiburan untuk rakyat berhibur secara santai bukan hanya menghadkan hiburan sehingga rakyat ditidakkan kehidupan bersosialnya.



Sudah pasti rakyat gembira dengan tindakkan PAS membenarkan Program JOM HEBOH diadakan di Kelantan. Jangan takut..jika hiburan itu keterlaluan serta mendatangkan kelalaian kawallah supaya program itu dibuat dengan kesesuaian setempat. Lihatlah program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik diberikan oleh rakyat Kelantan... TAHNIAH TV3!!!


Bersosialah sikit Pak Haji Lebai...rehatkan minda & akal fikiran...jangan serius sangat..hehe

No comments:

Artikel pelbagai