Sunday, October 30, 2011

Pendapat Anda Mengenai Orang Islam BerTatoo??


GR terpanggil untuk menulis tentang isu berTatoo ini sebab GR melihat trend berTatoo ini orang Islam sendiri sudah berani melakukan pada tubuh badan mereka...Pada mereka berTatoo ini mungkin dikatakan "Up To Date" dari segi berfesyen dan mengikuti peredaran zaman...


Sebelum itu GR mahu pandangan pembaca mengenai orang Islam berTatoo ini. Apakah hukumnya dan apa pandangan pembaca mengenai seorang wanita Islam berTatoo di punggung dan bahagian badan yang lain manakala si lelaki berTatoo di bahu, tangan dan bahagian anggota badan yang lain??

Sebenarnya GR faham Tatoo adalah haram di sisi Islam, untuk pengetahuan pembaca, tatoo itu terdiri daripada pelbagai jenis contohnya tatoo berunsur agama, tatoo berunsur sihir, tatoo berunsur tradisi, tatoo berunsur perhiasan atau kecantikan .Menghilangkan tatoo sehingga memerlukan perbelanjaan yang begitu tinggi dan juga mendatangkan pelbagai kesan, jika para doktor bersetuju menghilangkan tatoo tersebut maka bolehlah dibuang. Bagi mereka yang memeluk Islam dan tatoonya itu ada sebelum dia memeluk Islam tidak mengapa dan niat suci dia memeluk Islam itu diterima Allah SWT. Jika berkemampuan nanti eloklah dibuang tatoo tersebut.

Bagaimana pula bagi orang yang sememangnya dilahirkan dalam beragama Islam membuat tatoo pada diri mereka?? Ingatlah wahai orang Islam, perubahan yang dibuat pada anggota badan kita yang bukan dalam keadaan asal tidak akan diterima Allah SWT. Na'uzubillah....

No comments:

Artikel pelbagai