Monday, November 21, 2011

Tahniah Kepada Pemenang FFM ke 24


Malam kemuncak Anugerah Festival Filem Malaysia ke 24 baru saja melabuhkan tirainya sebentar tadi. Filem terbitan KRU Studios iaitu Hikayat Merong Mahawangsa meraih anugerah utama Filem Terbaik. Filem arahan Yusry Abdul Halim itu turut meraih lima kategori antaranya Sinematografi Terbaik, Pereka Kostum Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik di Malam Anugerah Gemilang Perdana yang berlangsung malam tadi. TAHNIAH kepada pemenang!!!

Senarai pemenang :

Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios

Pengarah Terbaik
Syamsul Yusof – KL Gangster

Pelakon Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam – Kongsi

Pelakon Wanita Terbaik
Siti Shahriza (Eja) – Janin

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shofi Jikan – KL Gangster

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Faezah Elai – Cun

Lakon Layar Terbaik
Syamsul Yusof – KL Gangster

Cerita Asal Terbaik
Martias Mohd Ali – Libas

Penyunting Terbaik
Syamsul Yusof/Hisham Jupri – KL Gangster

Sinematografi Terbaik
Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa (PEMENANG)

Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin/Kek Ting Lim – Hikayat Merong Mahawangsa

Penataan Bunyi Terbaik
Hisham Jupri – KL Gangster

Pereka Kostum Terbaik
Rosada Abdul Hamid - Hikayat Merong Mahawangsa

Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin

Anugerah Pencapaian Gemilang
Datuk Michelle Yeoh

Anugerah Khas Juri
Filem Box-Office - K.L.Gangster
Pelakon Komedi Terbaik - Allahyarham Zami Ismail
Filem genre seram misteri - Janin
Kecemerlangan kecekalan seniman yang masih aktif - Sidek Hussin

No comments:

Artikel pelbagai