Sunday, November 20, 2011

PANAS: AIR JAMPI NIK AJIS!!!

Perbezaan bekalan air di Kelantan sebelah kiri

Lihatlah gambar di atas!! Lebih kurang 20 tahun PAS memerintah negeri Kelantan, inilah kejayaan paling 'besar' mereka...Masih lagi tidak dapat membekalkan sumber air yang BERSIH kepada rakyat Kelantan. Dengan membekalkan air yang KOTOR ke setiap pelusuk rumah di Kelantan...

Inilah kejayaan besar yang dicipta oleh Nik Aziz sebagai MB Kelantan pasti menjadi sejarah negara. Sudah pastinya tidak ada lagi Kerajaan BN dapat menandingi kehebatan dan 'keajaiban' pentadbiran PAS di Kelantan..

Bukankah rakyat Kelantan berhak mendapat bekalan air yang BERSIH?? Demi menjaga kesihatan dan dijauhi dari sebarang bakteria yang boleh mendatangkan penyakit kepada mereka?? Di manakah janji-janji PAS untuk memberikan pembangunan untuk negeri Kelantan?? Rakyat Kelantan masih diTIPU lagi?? Nahhh..inilah dia 'hadiah' PERCUMA Nik Ajis bekalkan untuk setiap rumah di Kelantan iaitu virus E.Coli...
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.

Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.

Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.

Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.

Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E.coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes.

Beberapa syarikat pengendali air negeri lain memberitahu Mingguan Malaysia, pencemaran bakteria E.coli dalam air terawat iaitu air yang telah melalui loji rawatan, selalunya berpunca daripada kekurangan klorin.

Bagi kes kandungan E.coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).

Kehadiran banyak bakteria itu dalam sumber air mentah yang digunakan rakyat Kelantan dipercayai berpunca daripada ketiadaan sistem tangki septik (najis) yang sistematik di negeri itu sejak sekian lama dan ia merangkumi keseluruhan daerah termasuk Kota Bharu.- Utusan
Sumber: Pisau

p/s: PAS IS DEAD

No comments:

Artikel pelbagai