Thursday, November 24, 2011

PANAS: LELAKI HANYA MAHUKAN.....DARI SAYA!!


Ini bukan kisah politik atau pun kisah dunia artis tanahair...

Selebriti terkenal, Paris Hilton mendedahkan bahawa beliau sering dipermainkan oleh kaum lelaki disebabkan kekayaan dan popularitinya.


Pewaris kekayaan Hilton ini berkata, kebanyakan lelaki yang menjalinkan hubungan dengannya semata-mata kerana ingin harta dan seks saja.

"Setiap lelaki yang pernah keluar dengan saya hanya mahukan wang atau seks tetapi kebanyakan mereka ingin menumpang populariti saya," ujarnya lagi.

Bekas kekasih Hilton, Rick Salomon, 40 tahun merupakan seorang penerbit filem sebelum ini dilaporkan memperolehi wang jutaan dolar hasil jualan pita rakaman aksi seks mereka di internet.

Saya mencintai lelaki ini selama 3 tahun tetapi dia mengkhianati saya, Saya membencinya. Ia merupakan satu perkara yang menakutkan pernah berlaku kepada saya di mana ia adalah satu penghinaan yang memalukan," katanya lagi.

Bagaimanapun, Paris kini berasa lega apabila menemui cinta dengan lelaki pilihan hatinya seorang penyanyi Good Charlotte, Benji Madden. Beliau merancang untuk berkahwin dan memiliki cahaya mata dengan kekasihnya itu...

p/s: Dunia oh dunia...

No comments:

Artikel pelbagai