Saturday, June 29, 2013

Tahniah Kelantan! Kejuaraan Berganda Piala FA 2013!

Tahniah! Tahniah! Well done...pada pasukan bola sepak Kelantan yang telah berjaya pertahankan kejuaraan Piala FA bagi tahun 2013.

Permainan pasukan bola sepak Kelantan GR lihat mereka bermain dengan begitu baik sekali. Semangat berpasukan yang tinggi membolehkan mereka berjaya menghasilkan gol pada minit ke-16 oleh Norfarhan.

Pasukan JDT terlalu mengharapkan skill dari pemain-pemain ternama. Ini bola sepak bro, bukan main gentel bola sorang-sorang. Semangat berpasukan pun kurang, masing-masing nak tunjuk handal.

Fandi Ahmad keluarkan Safee Sali terlalu awal macam penyerang Malaysia ni tak ada power, kecik hati jugak. Ramai player JDT tak gunakan peluang yang ada dengan baik, semua nak ikut kepala sendiri.

GR lihat sendiri di Stadium Bkt Jalil, pada penyokong kedua-dua pasukan korang memang best. Tak ada gaduh-gaduh, macam ini lah semangat berpasukan. Penyokong Kelantan yang bawa bendera PAS masuk stadium tu, memang tak leh nak kata apa lagi. Ikut suka hati koranglah, janji jangan berpolitik dalam stadium sudah la yer.

Rakyat Kelantan tahniah yer...korang berjaya pertahankan piala ini untuk kali ke 2. Pada pasukan JDT cuba lagi yer...jangan terlalu bergantung pada player yang ada nama tapi main tak seberapa.


GR kata: Majulah Sukan Untuk Negara

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 28, 2013

PEMILIHAN AGUNG UMNO: JAWATAN 3 NAIB PRESIDEN PERLUKAH ADA PERTANDINGAN..??


Mengambil kira saranan Tun M dan demi menjaga kestabilan dan keharmonian dalam UMNO sebagai sebuah parti tunjang orang Melayu, maka perlulah dikekalkan dan tidak dipertandingkan jawatan Presiden dan Timb Presiden.

Bagaimana pula dengan jawatan Naib Presiden? Adakah mereka ini perlu dikekalkan? Dari pandangan yang GR ambil kira cakap-cakap dari orang politik, mereka rata-rata mahukan perubahan yang drastik dalam pucuk pimpinan 3 Naib Presiden ini. Mahukan yang tegas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Kalau akar umbi mahukan pertandingan untuk jawatan 3 Naib Presiden ini, apa masalahnya? Begitu juga kalau ada yang ingin bertanding biarkanlah ahli-ahli UMNO yang menentukannya. Jika Presiden dan Tim. Presiden 'super good' In Sha Allah mereka akan menang.

GR mohon mana-mana pemimpin UMNO yang nak bertanding 3 jawatan Naib Presiden ini kena membuat 'Aku Janji' untuk mendahulukan dan mengutamakan orang Melayu.

Ramai lagi pemimpin UMNO yang layak untuk menang jawatan tersebut kerana UMNO perlukan Transformasi besar demi kemajuan dan pertahanakan hak orang Melayu. Gandingan golongan muda dan lama perlu ada dalam 3 jawatan Naib Presiden ini.

GR setuju sekiranya Datuk Mukhriz Tun M mahu bertanding jawatan tersebut dan ramai lagi pemimpin UMNO yang layak seperti DS Ali Rustam, DS Khaled Nordin, Dato NurJazlan dan juga DS Noh Omar. Mereka ini dilihat mempunyai power dan idea masing-masing yang bernas demi membawa perubahan yang besar dalam UMNO.

Ramai ahli UMNO yang GR temui menyokong jawatan 3 Naib Presiden ini dibuka untuk pertandingan. Pemimpin yang  menghargai jentera parti dan jentera alam maya seperti DS Zahid Hamidi harus dikekalkan kerana perdiriannya yang tegas tidak seperti pemimpin yang hanya mampu beri amaran dan kuat bodek. Hasilnya habuk pun tak ada.

Kata nak dengar suara akar umbi....inilah masanya. Tengok akar umbi nak pemimpin yang macam mana memimpin parti. Pemimpin yang liberal, lembik atau pemimpin yang tegas memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Ingat!! Orang Melayu yang memenangkan kerajaan BN pada PRU13 dan pemimpin-pemimpin UMNO dan orang Melayu jugalah yang berhak menurunkan pemimpin-pemimpin ini sekiranya tidak memenuhi kriteria yang orang Melayu tetapkan dan mereka jugalah yang menaikkan pemimpin-pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna.

Kenapa tak perlu ada pertandingan? Takut berpecah? Kalau benar anak jantan dan bertanggungjawab, perpecahan tak akan berlaku....yang berpecah hanyalah golongan yang jiwanya kecil dan kuat merajuk seperti kebudak-budakan. 3 jawatan Naib Presiden ini harus dilakukan pertandingan!!


GR kata: Sayangkan UMNO dan tidak mahu ada parasit dalam parti. Perubahan harus dibuat..!!

Kecoh Betul Artis Nie, Tak Serik-Serik Lagi! Tak Kesian Tengok Ibu Sakit Ker..?


Semua orang tahu, dadah adalah musuh negara tapi kenapa kita mahu jadi hamba pada dadah. Jika ada masalah sekali pun bukan ini jalan penyelesaiannya.

Kisah artis KANTOI dengan dadah dah banyak kali kita dengar, apa yang mereka dapat hasil dari hisap dadah ni pun tak tau lah. Hanya seronok nak stim agaknya tapi akhirnya merosakkan diri sendiri.

Bila GR dapat tahu pagi semalam pelakon lelaki ini ditangkap untuk kali kedua, sedih dan kesian pun ada. Bukan pada artis lelaki ini, tapi pada ibunya seorang seniwati yang sedang sakit tenat.

Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,” katanya. – mStar

Walaupun tension sangat tak ada mana-mana produser nak ambil dia berlakon, bukan dengan cara ambil dadah boleh selesaikan masalah. Allah SWT anugerahkan kita semua manusia tulang empat kerat dan tenaga, bermacam pekerjaan yang boleh kita buat. Paling penting rezeki kita dapat itu halal dan berkat. Hisap dadah bikin rosak badan dan mati free jerk bro...ape lah lu nie!!


GR kata: Sape lagi nak sayangkan diri kita kalau bukan kita sendiri....

Thursday, June 27, 2013

Harta 'Ismet Ulam Raja' DAP Perlu Dipindah Ke Account Guang Eng Dan Kit Siang?


Kecoh sebelum ini, pakatan haprak kata mereka sedia untuk clearkan aset (harta) yang mereka ada untuk rakyat tahu dan menilai. Persoalannya beranikah mereka nak jelaskan aset pemilikan harta yang ada?

Selama 5 tahun sebelum ini mereka menjadi pentadbir kerajaan di beberapa negeri, adakah mereka telus dan tidak ada sebarang proses SAKAU SANA SINI dalam pengambilan projek-projek di negeri tersebut.

Terbaru, dikhabarkan pemimpin DAP yang dah SAKAU duit kerajaan negeri begitu banyak, harta mereka harus dipindah milik pada 'Boss Besar' mereka. Aik betul ka macam tu? Senangnya 'Boss Besar' tu main amik duit orang dengan suka hati? Anak buah tak marah ker? Kalau tak marah, macam pelik pun ada kan..???

DAP didakwa sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, rancangan itu dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi oleh DAP supaya diadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Beliau turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.

Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.

"Saya mendapat maklumat daripada seorang pemimpin dalam DAP sendiri tentang rancangan ini. Beberapa individu veteran parti yang selama ini setia bersama parti dan beberapa ahli yang hanya taat setia dengan 'dinasti' telah dipilih sebagai orang kepercayaan bagi 'menjaga' harta-harta itu.

"Saya tidak menuduh tetapi saya mohon penjelasan daripada Guan Eng.

"Adakah khabar angin ini benar? Jika tidak, nafikan sahaja, tidak perlu bercerita banyak. Sekurang-kurangnya penjelasan ini akan memberi sedikit kelegaan buat ahli yang lain selain penyokong DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC parti menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan untuk mengundi pada pemilihan tahun lalu selain timbul kemusykilan insiden memalukan salah kira undi.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Dakwa Ramanan, untuk mengaburi mata ahli DAP yang mendesak mahu pemilihan semula, Guan Eng kini begitu agresif bercakap tentang jerebu dan juga kejadian ribut melanda di Pulau Pinang baru-baru ini yang mengorbankan dua nyawa selain rod penebat kilat yang terletak di atas Menara UMNO patah dipukul angin kuat, seterusnya menghempap lapan kenderaan.

"Pemindahan aset telah dirancang sejak Pendaftar Pertubuhan (ROS) mula menyiasat unsur manipulasi undi dan penafian 753 ahli yang tidak dibenarkan mengundi pada pemilihan lepas. Namun pemindahan hanya awal bulan ini.

"Untuk mengalihkan perhatian umum, maka Guan Eng begitu agresif bercakap tentang jerebu dan isu ribut di Jalan Macalister baru-baru ini. Beliau begitu agresif menyerang kerajaan, sebenarnya beliau berniat untuk mengalihkan perhatian daripada menghidu perbuatan ini," dakwanya.

Namun demikian, menurut Ramanan, anak beranak dinasti Lim itu juga sebenarnya lebih rela andai pendaftaran parti itu dibatalkan supaya mereka berdua boleh menubuhkan DAP baru dengan hanya merekrut kroni-kroninya sahaja.

"Sebenarnya Dinasti Lim berhasrat 'menguburkan' legasi pengasas sebenar DAP, bekas Presiden Singapura, C. V. Devan Nair yang berketurunan India. Mereka berdua mahu mengasaskan parti mereka sendiri. Kedua, sekiranya pemilihan semula diadakan semula dengan kehadiran 753 ahli yang dinafikan hak mereka, maka keputusan tidak akan sesekali berpihak kepada mereka.

"Saya cabar Guan Eng supaya segera tampil nafikan semua tuduhan ini," tegasnya.


GR kata: Tak cukup sakau duit Penang ke Guan Eng nie??

BRAVO @Zahid_Hamidi TUTUP MULUT MACAI PAKATAN! ORANG SELALU BUAT SALAH MEMANG KUAT MEROYAN! @KDNPUTRAJAYA @PDRMsia


Apa saja yang boleh dilakukan oleh seorang bergelar manusia sudah pasti akan dipolitikkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi mereka.

Begitu juga dalam kes kematian tak kira mereka yang dalam tahanan Polis atau pun masyarakat yang tiba-tiba terlibat dengan cara tak langsung. Apakah kematian boleh kita permainkan? Dengan senang menuding jari pada pihak Polis kononnya mereka ini bertindak kejam dan tidak berperikemanusian.

Rakyat seharusnya berterima kasih dengan sumbangan yang sangat besar diberikan oleh pihak Polis yang sentiasa menjaga keselamatan rakyat dan juga negara. Inilah yang menjadi tanggungjawab pihak Polis yang harus mereka pikul dan ramai dikalangan anak muda yang pemikiran mereka kolot beranggapan Polis adalah musuh mereka.

Tahniah GR ucapkan pada Menteri KDN DS Zahid Hamidi yang telah memperjelaskan statistik dan fakta sebenar untuk rakyat tahu kebenaran sebenarnya untuk kita semua berfikir dengan waras.


KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Statistik menunjukkan hanya dua daripada 231 kes kematian dalam tahanan yang direkodkan sejak 2000 hingga Mei lalu didapati berpunca daripada kecederaan yang dilakukan polis.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 196 kematian tahanan adalah disebabkan penyakit seperti HIV/AIDS, asma dan sakit jantung, 29 menggantung diri, dua akibat bergaduh sesama sendiri dan dua tergelincir dalam lokap.

"Bagi statistik mengikut kaum pula, 97 yang mati ialah bangsa Melayu, 49 Cina, 51 India, 25 warga asing dan sembilan bangsa lain," katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Soalan Johari menyentuh beberapa laporan kes kematian dalam lokap polis yang menjurus kepada gesaan supaya masalah itu diatasi segera.

Kes kematian seumpama itu antara lain melibatkan A. Kugan, 23, yang ditemui mati di lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, Selangor pada 2009; N. Dharmendran, 32, di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013; dan R. Jamesh Ranesh, 40, di Pulau Pinang pada 27 Mei 2013.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, menegaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kes kematian dalam tahanan dan memberi jaminan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai penguatkuasa yang didapati terbabit.

"Setiap aduan berkaitan kecederaan atau kematian semasa dalam tahanan akan disiasat dengan tindakan sewajarnya diambil oleh KDN sama ada dari sudut tatatertib atau dicadangkan kepada pendakwa raya untuk dituduh di mahkamah," katanya.

Ahmad Zahid menarik perhatian untuk memantapkan lagi pengurusan tahanan dan mengelakkan kes kematian, langkah-langkah seperti memasang lebih banyak kamera litar tertutup, mewujudkan lokap tahanan berpusat dan mewujudkan Mahkamah Koroner telah diambil.

Ia juga menyaksikan penubuhan sebuah jawatankuasa khas polis yang dipengerusikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai penambahbaikan pengurusan lokap dan tahanan polis.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata Sekolah Wawasan yang diilhamkan kerajaan merupakan wadah terbaik bagi memupuk perpaduan kaum bermula di peringkat persekolahan.

"Dengan adanya Sekolah Wawasan, Kementerian Pendidikan yakin kejayaan integrasi kaum boleh direalisasikan menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan (murid) secara bersama," katanya menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).

Shamsul Anuar ingin mengetahui langkah terbaharu kementerian dalam usaha menanam semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

Menjawab soalan tambahan Datuk Ir Nawawi Ahmad (Langkawi-BN), Idris berkata kementerian tidak berhasrat memaksa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan memasuki Sekolah Kebangsaan.

"Apa yang sedang dilaksanakan ialah memperkasakan Sekolah Kebangsaan, kerana ramai yang tidak tahu di situ juga ada tenaga pengajar yang boleh mengajar bahasa-bahasa berkenaan (bahasa Cina dan India).

Idris berkata bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar, kementerian juga menjadikan subjek Sejarah sebagai wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini.

"Di peringkat institusi pengajian tinggi pula, pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia, serta Hubungan Etnik," katanya.


GR kata: Bab mati pun nak dipolitikkan...alahai macai haprak!!

Artikel pelbagai