Saturday, February 16, 2013

VIDEO PANAS: BAHAGIAN 1 - 'THE iFiles' ANWAR DIBONGKAR!!


Lihat sajalah gambar di atas, Anwar semakin hari dilihat semakin mereng otaknya. Macam orang tak waras pun ada. Ingin menunjukkan dirinya 'ZUHUD' pun ada jugak tapi usahlah percaya ini semua lakonan semata-mata untuk meraih undi rakyat pada PRU13 nanti.

Kita lihat Anwar ini seorang ahli parlimen tapi tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat. Permatang Pauh dibiarkan begitu saja. Ini pula tabur janji sana sini, fitnah sana sini. Macam ni ker nak jadi pemimpin?

Lihat video pembongkaran perihal Anwar ini untuk tatapan kita semua dan fikirkanlah :



GR kata: Nak jadi PM kena waras dan ada dasar untuk digunakan, bukannya cipta isu sana sini yer Bang Non. Kui kui kui....

HANYA KERANA I/C - BLOGGER PENCACAI DAN YB PAS KANTOI MENIPU!!

Nampaknya semakin hebat puak PAS ini berkempen demi mencapai 'Menuju Putrajaya' mereka. Mereka akan buat apa saja agar apa yang mereka inginkan tercapai.

Itulah yang boleh digambarkan apabila kandungan  SMS yang diterima oleh penduduk Parlimen Kota Raja, di bawah YB Dr. Siti Mariah meminta penduduk di bawah Parlimen itu menerima baucer PETROL PERCUMA dengan hanya membawa I/C untuk pengesahan di stesen minyak seperti terkandung di dalam SMS di bawah :


Bila kandungan SMS ini tersebar, blogger pencacai Pakatan cuba JILAT semula untuk menutup cerita ini dengan mengatakan ini semua salah UMNO. Baca artikel si penjilat DI SINI

Atas kebijaksanaan rakan blogger EPPP mencari bukti untuk rakyat tahu kandungan SMS ini benar, akhirnya KANTOI juga YB Parlimen Kota Raja ini.


Nahhhh...amik kau. Siapa yang penipu dan yang ditipu?? Banyak duit PAS Selangor yer tabur duit beri Petrol Percuma pada masyarakat Parlimen Kota Raja. Jika duit peruntukan diberikan pada Kerajaan Selangor, kan lebih baik peruntukan tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang memerlukan dan pembangunan yang lebih baik untuk masa depan rakyat.

Banner di atas bukan bukti ker?? Mohon jawab yer YB Dr. Siti Mariah...rakyat nak tau mana datangnya duit banyak-banyak ni.

Pendedahan seterusnya baca EPPP


GR kata: Kempen untuk Khalid Gagap bubar Dewan DUN Negeri ker YB??
 

Friday, February 15, 2013

PANAS: Ust Haron Din Keluar Tinggalkan PAS??


Berita yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini baik di alam maya dan mulut-mulut puak PAS, Timb. Mursyidul Am PAS iaitu Dato' Dr. Haron Din telah keluar dari PAS.

GR masih cuba mendapatkan kesahihan berita dari sumber dalaman PAS adakah benar atau tidak. Punca yang buat Ust Haron Din keluar dari PAS adalah disebabkan perjuangan PAS sudah jauh terpesong dari landasan sebenar mereka. Perjuangan Islam mereka sudah tidak menjadi pegangan sebenar dan sanggup menjadi keldai DAP demi mencapai kepentingan peribadi mereka.

Lebih menguatkan lagi adalah Ust Haron Din konsisten menentang pluralisme dan liberalisme yang diperjuangkan Anwar dan DAP hingga dituduh beliau berpihak pada UMNO oleh pencacai PAS.

Apakah tindakan Ust Haron Din mempertahankan Isu Kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible yang bercanggah dengan pendirian Anwar?

Sebelum ini GR ada keluarkan artikel pada 4 Feb 2013, Anwar pergi jumpa Ust Haron Din di rumah beliau dan cuba memujuk keputusan Dewan Ulama' PAS pada 3 Feb 2013. Blogger Pakatan MSO cuba pusing perkara sebenar kononnya Ust Haron Din yang berjumpa Anwar di rumahnya Segambut. Bangang punya statement pencacai Anwar ni kan. Artikel tersebut baca DI SINI

Adakah Ust Haron Din bertindak keluar PAS sebab Anwar perlekehkan Nik Aziz dan Hadi Awang dalam ceramah beliau di Sabah baru-baru ini??

Adakah Ust Haron Din bertindak keluar PAS sebab Anwar tidak layak diangkat sebagai pemimpin kerana sanggup perlekehkan Islam??

Sama-sama kita tunggu kesahihan berita ini yang akan buat PAS jatuh tergolek....


GR kata: Dengar cerita puak PAS tengah sibuk pujuk Ust Haron Din tarik balik hasrat beliau. Kita tunggguuuuuu....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CELAKA ISRAEL! KANAK-KANAK TAK BERDOSA DIHANYAK MACAM BINATANG!!


RAMALLAH 14 Feb. - Satu kajian Pertubuhan bagi Perlindungan Kanak-Kanak Antarabangsa (DCI) mendapati Israel melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara di negara itu di bawah sistem mahkamah tentera rejim Zionis itu.

Kajian DCI ke atas lebih 300 kanak-kanak Palestin yang pernah ditahan di penjara Israel, menunjukkan pihak berkuasa rejim Zionis Israel melakukan pelbagai penderaan termasuk mengugut untuk merogol tahanan kanak-kanak.

Menurut DCI, sejak 11 tahun lalu, kira-kira 7,500 kanak-kanak Palestin, sesetengahnya berusia 12 tahun, pernah ditahan, disoal siasat dan dipenjarakan mengikut undang-undang mahkamah tentera Israel.

Jelas pertubuhan itu, kebanyakan kanak-kanak tersebut ditahan di rumah mereka antara waktu tengah malam hingga pukul 5 pagi.

Peguam yang mewakili DCI, Gerard Horton berkata, kanak-kanak Palestin yang ditahan akan ditutup mata mereka dengan kain dan dipaksa meniarap menghadap lantai atau meniarap atas lantai kenderaan tentera.

Katanya, seorang daripada mangsa yang hanya dikenali sebagai Mohammad S, berusia 16 tahun dari bandar Tulkarem di utara Tebing Barat mengakui dia ditahan ketika sedang tidur pada pukul 2.30 pagi dan dibawa keluar dari rumahnya oleh tentera Israel dengan matanya ditutup dan dipaksa meniarap selama sejam.

Kemudian, kanak-kanak tersebut dibawa ke pusat siasatan di Nablus pada pukul 11 pagi untuk disoal siasat dan hanya dibenarkan minum air serta menggunakan tandas.

"Mohammad kemudiannya dibawa ke penjara Al Jalameh berdekatan Haifa dalam keadaan ditutup mata dan tangannya diikat.

"Dia ditempatkan secara berseorangan di Sel 36 dan terpaksa tidur di lantai kerana tiada selimut atau tilam disediakan dalam bilik tahanan berkenaan.

"Dia menghabiskan masa selama 17 hari dalam sel berkenaan dan terpaksa menjalani sesi soal siasat selama tiga jam setiap hari dengan tangannya diikat pada kerusi," jelas Horton.

Menurut Horton, terdapat juga laporan yang menyatakan tentera Israel meletakkan makanan anjing di atas kepala tahanan kanak-kanak sebelum menyuruh seekor anjing makan makanan tersebut.

Jelasnya, sepanjang sesi soal siasat, kebanyakan kanak-kanak yang ditahan mengadu dihina, ditampar dan disepak.

Malah katanya, beberapa kes kecil turut melaporkan tentang ugutan pegawai penyiasat Israel mengancam untuk merogol tahanan kanak-kanak Palestin.

"Menurut siasatan kami, Israel didapati melanggar hak asasi manusia kerana mengamalkan sistem menahan kanak-kanak Palestin secara berseorangan untuk tempoh tertentu dan melakukan penderaan emosi serta fizikal," katanya. - AGENSI


GR kata: Israel laknatullah...

DOA JERIT-JERIT ATAU DOA PENUH SOPAN YANG DITERIMA ALLAH? PAS TOLONG JAWAB!!



Jika kita perhatikan cara dua orang pakcik ini berdoa nampak sama. Dari segi usia kedua orang pakcik ini juga mungkin tak jauh bezanya. Tapi jika lihat secara mata kasar isi doa yang dipohon pada Allah S.W.T adalah jauh bezanya.

Gambar di bawah semua orang sudah tahu doa puak PAS yang menghancurkan sesama Islam bukannya ingin menguatkan dan memperkukuhkan Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Doa pakcik di gambar di atas jelas menunjukkan kehidupannya yang penuh kesyukuran dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan pada beliau dan anak cucu cicit beliau. Hidup dalam negara yang keadaannya aman dan damai, cukup makan pakai dan sebagainya.

Apa pun kita sebagai umat Islam ada adab dan santun dalam setiap perkara yang ingin dilakukan. Ikutilah sunnah Rasulullah S.A.W dan taat perintah Allah S.W.T pasti berjaya dunia dan akhirat.

Lihat video di bawah, pandangan seorang pakar movitasi Dr Fadzilah Kamsah. Beliau bukan seorang ahli politik dan seorang yang hidupnya dengan suka berpolitik. Pandangan beliau telus dan benar. Pandangan beliau dinilai dari sudut ilmu dan Islam.





GR kata: Malu orang Islam doa terjerit-jerit...sampai ke atas ke doa macam tu??

Artikel pelbagai