Monday, February 4, 2013

PAKATAN MAIN BANGSAT, CUBA SABOTAJ #BL1M SEBAB JELES! @PDRMsia


Setiap perkara yang baik sudah pasti ada saja pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menggagalkannya. Bukan itu saja ada juga pihak yang cuba mengaut keuntungan di atas perkara baik yang dibuat oleh Kerajaan untuk rakyat. Bila sudah terjadi perkara yang tidak diinginkan sudah tentu rakyat menunding jari dan menyalahkan pihak Kerajaan.

Beberapa kejadian penipuan yang membabitkan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) telah mula dikesan berlaku di Kedah.

Pihak Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) NGO di bawah Pemuda UMNO dan MyEG yang berusaha merealisasikan BL1M sebagai kenyataan buat rakyat Malaysia. Bertepatan dengan hasrat kerajaan Malaysia, pihak BL1M tidak pernah melantik atau memilih mana-mana individu dan syarikat sebagai ejen kepada mereka.

Menurut Pengerusi BL1M, YM Tengku Azman, pihaknya tidak pernah melantik dan bercadang melantik sesiapa saja untuk menjadi ejen BL1M.

''Pemuda UMNO tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen", kata beliau.


Beliau turut menambah bahawa kejadian penipuan ini telah mula dikesan di Kedah sebelum pelancaran mengenai BL1M dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Orang Muda yang lepas.

Berikut turut proses memohon BL1M :

1. Isi borang BL1M.
2. Sediakan wang pos sebanyak RM199 (boleh dilakukan di Pejabat Pos)
3. Wang pos hendaklah atas nama MyEG Services Berhad. (rujuk gambar wang pos)
4. Hantar borang tersebut kepada Pengerusi BL1M di Bahagian UMNO negeri tersebut.




Ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web http://www.bl1m.my


GR kata: Ada yang mengaku ejen, laporkan terus pada pihak Polis.

Sunday, February 3, 2013

#BR1M2.0 BUKTI KERAJAAN BANTU RAKYAT! ANWAR MACAM BIASA CAKAP BUIH MULUT!!


Kegagalan pembangkang menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum 2008 serta ketidakmampuan melaksanakan amanah rakyat jelas memperlihatkan ciri munafik dalam pakatan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang bukan sahaja gagal menunaikan setiap janji yang dibuat walaupun memerintah empat negeri, tetapi paling memalukan menganggap manifesto bukan janji.

Menurutnya dalam Islam, ciri-ciri orang munafik adalah tidak menunaikan janji yang dibuat dan hakikat tersebut sedang dilakukan pakatan pembangkang sama ada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan juga Kelantan.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Najib berkata, sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kerajaan bukan sahaja berjaya melakukan transformasi tetapi juga menunaikan setiap janji yang dibuat.

Terbaharu kata beliau, sebagaimana dijanjikan, sebanyak 7.3 juta rakyat yang layak akan mula menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 berjumlah RM500 setiap seorang mulai hari ini selepas diumumkan dalam pembentangan Bajet 2013 lalu.

"Tanya golongan ibu tunggal di Selangor, mana elaun untuk mereka (pakatan pembangkang) yang dijanjikan? Mana janji nak turunkan cukai pintu? Tanya penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang? Apa sudah jadi? Yang tinggal sekarang cuma buah pala.

"Manifesto pilihan raya adalah janji kepada rakyat tetapi Menteri Besar Selangor, (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) boleh kata itu bukan janji. Dalam Islam tidak tepati janji dan tidak amanah adalah ciri-ciri munafik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan kira-kira 15,000 penduduk Ampang dan Pandan sempena pelancaran BR1M 2.0 peringkat nasional di Ampang, dekat sini hari ini.

Sempena majlis tersebut, Perdana Menteri menyampaikan BR1M kepada 30 penerima daripada 10,000 orang yang melibatkan Parlimen Ampang dan Pandan sebagai simbolik pelancarannya.

Yang turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Dalam pada itu, Najib berkata, pemberian BR1M mampu diteruskan kerajaan kerana sistem urus tadbir ekonomi yang baik dan bukan melalui kutipan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti didakwa pembangkang.

Beliau yang menyelar dakwaan itu sebagai tidak berasas dan tiada fakta berkata, negara mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak lima peratus pada tahun lalu iaitu jauh lebih baik berbanding prestasi ekonomi di negara-negara maju lain.

"AES hanya saman orang yang memandu melebihi had laju. Orang yang ikut peraturan tidak disaman, malah kita sedang tangguh pelaksanaan tetapi pembangkang tuduh pemberian BR1M adalah hasil AES. Ini tidak berasas sama sekali.

"Kita mampu bagi kerana ekonomi mantap, tahun lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip hasil hampir RM125 bilion iaitu rekod tertinggi dan kita salur sebahagian kepada rakyat melalui BR1M," katanya. - Utusan


GR kata: Tahniah kepada 7.3 juta rakyat Malaysia yang terima BR1M2.0. Terima kasih Kerajaan dan YAB PM!!

ANAK MUDA SEPUTEH BANGKIT HALAU @teresakok DARI BUMI SEPUTEH!!


Bahang Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) semakin hampir dan semakin dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Inilah penentu sama ada mengekalkan pucuk pimpinan Kerajaan yang sedia ada sekarang atau pun bertukar milik kepada Pakatan Pembangkang.

Kita juga lihat di seluruh negara jentera-jentera telah pun siap sedia untuk menghadapi peperangan yang akan menentukan nasib dan masa depan negara. Malam tadi, Pergerakan Pemuda Seputeh telah melancarkan Program Pelancaran Jentera Pemuda BN PRU13 Parlimen Seputeh. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda WP, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar juga merangkap Ketua Pemuda Bdr Tun Razak.


Apa yang dapat dilihat sekarang semangat anak muda khususnya di Parlimen Seputeh begitu tinggi untuk membantu BN merampas pucuk pimpinan dari tangan YB Teresa Kok dari DAP. Mereka sudah mula segar sudah sekian lama mereka dipergunakan oleh DAP yang hanya pandai bermain kata-kata menjelang pilihanraya. Bila sudah lama menjadi wakil rakyat, tunjuk muka berjumpa dengan rakyat jauh sekali.

Walaupun Parlimen Seputeh majoritinya dari kaum Cina, mereka ini mula sedar kerana selama beberapa tahun ini mereka silap memilih wakil rakyat mereka. Yang hanya pandai dengan slogan 'No Complaint, No Help' telah menjadi mimpi ngeri pada rakyat di Parlimen Seputeh.


Semua juga sedia maklum bahawa selama ini di Seputeh siapa yang buat kerja. Walaupun mempunyai Ahli Parlimen tapi rakyat Seputeh lebih selesa dan bersyukur menerima bantuan dari Kerajaan yang disampaikan oleh UMNO/BN Seputeh. Inilah semangat yang GR lihat, tiada sebarang belas kasihan yang diberikan oleh UMNO/BN memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat khususnya di Seputeh.


Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) juga dibuka untuk rakyat di Seputeh malam tadi. Sambutan yang sangat baik diberikan oleh rakyat di Seputeh. Ada yang GR tanya mereka sungguh berasa gembira kerana dengan bantuan ini dapat meringankan beban mereka untuk memiliki lesen memandu. Ada yang umurnya mencecah hampir 40 tahun pun masih tidak mempunyai lesen memandu.

Tahniah kepada Pemuda Seputeh. Teruskan semangat juang yang tinggi ini sehinggalah PRU13 nanti yang sudah tidak berapa lama saja lagi. Tidak mustahil bumi Seputeh boleh jatuh ke tangan BN jika gerak kerja dibuat dengan baik. Perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat diteruskan tanpa rasa jemu. Inilah masanya memilih antara belian dan kaca.


GR kata: Teresa Kok kata letak selipar pun boleh menangkan....lepas ni selipar tu makan diri dia balik!! Asal Bukan Cina DAP!!!

APA NAK JADI, SEPUPU HOST TV ISLAM BERSAMA ANJING!


Gambar yang didakwa sebagai sepupu kepada seorang pengacara TV kewanitaan yang sering membuat rancangan tersebut di luar negara. Apa yang menarik, bukan seekor anjing yang dibelanya, tetapi dua ekor daripada baka (breed) mahal yang beribu harganya.

Ya la, hidup dah kaya raya dan dah tak tahu nak buat apa... jadi berhibur dan menghabiskan duit je la kerjanya. Sepatutnya sebagai seorang wanita Islam, kita seharusnya tahu batas susila dan pandai menilai erti kehidupan yang sementara ini. Wallahualam....




GR kata: Bila dah hidup senang, harus ingat batas-batas hidup sebagai seorang Muslim.
 

#BR1M2.0 Bukti Kerajaan Bela Nasib Rakyat Dan #JanjiDitepati @NajibRazak

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentabir negara dan mengurus ekonomi.

Perdana Menteri berkata, kelangsungan pemberian BR1M yang kini memasuki pusingan kedua diteruskan kerajaan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lepas.

"BR1M merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat, ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan baik. Kita boleh beri BR1M kerana berjaya memastikan ekonomi terus berkembang, peniaga sama ada kecil dan besar berjaya menambah keuntungan.

"Apabila ini berlaku, maka cukai untuk kerajaan juga bertambah, dan ini adalah sebenarnya asas mengapa BR1M boleh dilaksanakan," katanya pada pelancaran BR1M 2.0 dan pemberian insentif itu bagi kawasan Parlimen Ampang dan Pandan di sini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, fakta itu perlu dijelaskan kerana pembangkang cuba menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dengan mendakwa dana bagi pemberian BR1M 2.0 dikutip antaranya melalui pelaksanaan peraturan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Tegas Najib, rakyat tidak harus terus dipesongkan dengan cerita tidak berasas atau separuh benar oleh pakatan pembangkang untuk membuat mereka marah kepada kerajaan, sedangkan setiap pemberian atau insentif yang diumum adalah disebabkan kecekapan kerajaan dalam mengurus dan mentadbir negara.

"Ada dakwaan bahawa dengan menguatkuasakan AES kita boleh buat BR1M. Ini tuduhan palsu yang dibuat pembangkang. AES bukan cukai pada rakyat, ia hanya denda bagi mereka yang memandu laju, itupun masih di peringkat kajian," katanya.

Kemelut ekonomi dunia menyebabkan beberapa negara Eropah menerima tamparan, kata Najib, sambil menarik perhatian Sepanyol yang menjadi juara bola sepak Piala Dunia tidak berupaya menjadi juara dalam mentadbir ekonomi.

"Tidak apalah kalau Malaysia tidak menjadi juara Piala Dunia, tak apa, tetapi sebaliknya kita berjaya menjadi juara dalam mentadbir negara, sekali gus dapat membela rakyat melalui penambahan hasil percukaian," katanya.

Menyentuh perkembangan di Selangor, Najib mahu rakyat membuat ketetapan untuk memilih kerajaan negeri daripada parti sama yang memerintah negara ketika ini iaitu BN, pada pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata, masalah yang berlaku di Selangor terutama isu air adalah disebabkan perbezaan pemerintah antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Katanya, masalah bekalan air yang berpanjangan disebabkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang terlalu mengharapkan kerajaan persekutuan sedangkan mereka sepatutnya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu.

Najib berkata walaupun datang daripada parti yang berlainan daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri harus sedar bahawa air adalah masalah dan hak rakyat yang tidak boleh dan tidak patut dijadikan permainan politik oleh kerajaan Selangor.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, isu bekalan air tidak berlaku di Kedah dan Pulau Pinang kerana kerajaan negeri patuh kepada perjanjian bersama dengan kerajaan persekutuan berbanding Selangor yang cuba mempolitikkan isu itu, seterusnya menimbulkan masalah kepada penduduk.

Dalam pada itu, Najib menempelak kerajaan Selangor kerana cuba "menjoloknya" berhubung penentuan tarikh pilihan raya umum, dengan berkata ini tidak langsung mampu mempengaruhi keputusan beliau.

"Soal pilihan raya, tak payah nak jolok-jolok saya, tak payah nak kata bubar lepas Capgome... ini jolok-jolok saja buat apa.

"Saya tahulah bila masa nak menghadap Yang di-Pertuan Agong minta Parlimen dibubarkan. Tak apa, masanya akan tiba, tak lama lagi. Buat masa sekarang kita bagi tumpuan Bajet 2013 yang mesti tunaikan," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kerajaan negeri sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Capgome sekiranya tiada petunjuk daripada kerajaan persekutuan berhubung pembubaran Parlimen. - BERNAMA

GR kata: Bagi duit bantuan pada rakyat halal ke haram? Hi hi hi...

Artikel pelbagai