Monday, February 4, 2013

PAKATAN MAIN BANGSAT, CUBA SABOTAJ #BL1M SEBAB JELES! @PDRMsia


Setiap perkara yang baik sudah pasti ada saja pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menggagalkannya. Bukan itu saja ada juga pihak yang cuba mengaut keuntungan di atas perkara baik yang dibuat oleh Kerajaan untuk rakyat. Bila sudah terjadi perkara yang tidak diinginkan sudah tentu rakyat menunding jari dan menyalahkan pihak Kerajaan.

Beberapa kejadian penipuan yang membabitkan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) telah mula dikesan berlaku di Kedah.

Pihak Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) NGO di bawah Pemuda UMNO dan MyEG yang berusaha merealisasikan BL1M sebagai kenyataan buat rakyat Malaysia. Bertepatan dengan hasrat kerajaan Malaysia, pihak BL1M tidak pernah melantik atau memilih mana-mana individu dan syarikat sebagai ejen kepada mereka.

Menurut Pengerusi BL1M, YM Tengku Azman, pihaknya tidak pernah melantik dan bercadang melantik sesiapa saja untuk menjadi ejen BL1M.

''Pemuda UMNO tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen", kata beliau.


Beliau turut menambah bahawa kejadian penipuan ini telah mula dikesan di Kedah sebelum pelancaran mengenai BL1M dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Orang Muda yang lepas.

Berikut turut proses memohon BL1M :

1. Isi borang BL1M.
2. Sediakan wang pos sebanyak RM199 (boleh dilakukan di Pejabat Pos)
3. Wang pos hendaklah atas nama MyEG Services Berhad. (rujuk gambar wang pos)
4. Hantar borang tersebut kepada Pengerusi BL1M di Bahagian UMNO negeri tersebut.




Ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web http://www.bl1m.my


GR kata: Ada yang mengaku ejen, laporkan terus pada pihak Polis.

No comments:

Artikel pelbagai