Tuesday, February 5, 2013

ASTAGA!! ADA JUGA MAK BAPAK PERANGAI KUTUK MACAM NIE!!


KUALA LUMPUR - Gara-gara ketagih judi, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan anak-anak mereka berusia antara empat hingga 16 tahun di rumah untuk melakukan kegiatan haram itu.

Bagaimanapun, kegiatan pasangan itu terbongkar setelah mereka ditahan polis dalam serbuan Ops Dadu di sebuah premis judi di pusat perniagaan Metro Prima, Kepong di sini malam tadi.

Dalam serbuan pukul 8.30 malam itu, sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) telah menyerbu empat buah premis di kawasan itu dan turut menahan lima penjaganya serta tiga pelanggan termasuk pasangan terbabit.

Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, polis turut merampas 127 buah komputer dan wang tunai berjumlah RM1,110 yang dipercayai digunakan bagi tujuan berjudi.

“Polis percaya kegiatan judi si kawasan ini semakin kurang mendapat sambutan berdasarkan jumlah tangkapan pelanggan.

“Pelanggan yang ditahan ialah pasangan suami isteri dan seorang lelaki warga tempatan," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini hari ini. - UTUSAN


GR kata: Kesian nasib anak-anak....

2 comments:

Unknown said...

salam mohon dipautkan blog saya Uruk dihalaman blog tuan, mediauruk.blogspot.com....terima kasih...

Anonymous said...

Salam tuan, mohon delete gambar anak saya.

Artikel pelbagai