Wednesday, January 2, 2013

HOT: PELAKON SEKSI ANAK PONTIANAK KANTOI DITANGKAP MILIKI DADAH!!

Seorang pelakon wanita bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Februari untuk sebutan kes. - BERNAMA.

GR kata: Dadah perosak bangsa dan negara!!

HOT: AGENDA PAKATAN HAPRAK TUKAR BENDERA MALAYSIA SEMAKIN MENJADI-JADI!!


Lihat gambar di atas, 3 ekor beruk yang sanggup memperjudikan nasib mereka. Bukan saja memperjudikan nasib mereka malah sanggup menjadi kambing hitam pada Pakatan Haprak. Al kisah mengenai pertukaran bendera kononnya benda ini adalah "Bendera Rakyat" sudah pun kita ketahui pada malam Merdeka yang lepas.

Pada malam Tahun Baru kelmarin, sekali puak-puak bangang nie buat provokasi. Lokasi yang dimaklumkan di LRT Masjid Jame'. Tujuan mereka sebenarnya yang ingin menarik perhatian rakyat jelata yang sama-sama bergembira pada malam tersebut tidak menjadi perhatian. Apa yang GR lihat pada malam tersebut ternyata rakyat Malaysia gembira dengan apa yang dikecapi di Malaysia sekarang.


Pada malam tersebut, beberapa kumpulan anak muda yang DIBAYAR oleh puak Pakatan Haprak supaya membuat onar di lokasi sekitar Dataran Merdeka. Ternyata mereka ini BODOH!! Dalam kenyataan kononnya mereka ini tidak mewakili mana-mana parti politik pun dan sanggup untuk menukar bendera Malaysia yang sedia ada sekarang. Maknanya mereka ini 'kuat sangat' untuk menukar Kerajaan Malaysia yang sedia ada sekarang.

Persoalannya sekarang...jangan memperbodohkan rakyat wahai portal menipu Malaysiakini. Masih lupa ker dengan gambar ini pada malam Ambang Merdeka 2012 :


Pada malam tersebut juga, GR mendedahkan perbuatan seorang anak muda bersikap biadap pada gambar YAB Perdana Menteri :


Dari perbuatan-perbuatan BANGANG diaorang ini, boleh percaya ker mereka ini tidak mewakili mana-mana parti politik. Tak akan ada orang yang dengan sendirinya nak buat perkara-perkara BODOH ini tanpa dapat sebarang bayaran.

Habis tu rakyat jelata yang turut hadir ke Dataran Merdeka, i-City dan Putrajaya pada malam Tahun Baru, mereka ini pun UMNO/BN bayar ker?? Beratus ribu tu kalau dicampur, berapa puluh ratus juta pula nak perabihkan duit tu yer. Lain kali cakap guna otak, jangan guna lutut yer!!

Identiti mereka yang terbabit buat perbuatan BODOH ini telah pun dikenalpasti. Korang nak tau selanjutnya KLIK DI SINI


GR kata: Orang bodohnya buat kerja-kerja bangang macam nie....

'AMANAT HADI': HADI AWANG DAH NYANYOK DENGAN AMANATNYA SENDIRI!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan takbur apabila meletakkan syarat menarik balik amanat yang dibuat lebih 30 tahun lalu meskipun tahu amanat itu membawa kesan buruk kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Abdul Hadi sepatutnya menarik balik amanatnya itu tanpa bersyarat demi kepentingan umat Islam dan bertaubat.

Malah, beliau turut menyifatkan keengganan Abdul Hadi menarik balik amanat itu tanpa bersyarat memperlihatkan sifat tamak dan mahu mengejar kuasa serta kedudukan dalam pilihan raya umum nanti.

"Saya menganggap beliau sangat malu untuk menarik balik amanatnya itu, seolah-olah merasakan jika ditarik balik jatuh harga diri dan hilang pengaruh.

"Di atas kebimbangan inilah beliau tidak mahu menarik balik amanatnya itu. Saya mengajak umat Islam, jangan ikut lagi pemimpin yang bersikap takbur seperti ini. Kalau tidak tarik balik, ertinya dia takbur walaupun tahu benda ini salah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang akan hanya menjelaskan mengenai amanat sekiranya kerajaan memberi peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.

Menurut Abdul Hadi, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan amanat itu sekiranya permintaan tersebut dipenuhi.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berkata, pengalaman beliau dalam Pas termasuk menjadi jurunikah menyaksikan bagaimana Amanat Haji Hadi telah memecah-belahkan umat Islam termasuk sesama keluarga.

Antara kesan Amanat Haji Hadi itu kata beliau, bagaimana ibu bapa tidak membenarkan anak mereka yang dinikahkan jurunikah UMNO untuk tidur bersama kerana menganggap pernikahan tersebut tidak sah.

Menjelaskan lebih lanjut, menurutnya, ahli Pas hanya membenarkan anak mereka dinikahkan oleh jurunikah dilantik kerajaan semata-mata untuk mendapat surat nikah tetapi tidak membenarkan anak mereka tidur sekali bersama suami sehinggalah diakad nikah semula orang Pas.

"Setiap bulan Ramadan, kita (Pas) kalau tak ada madrasah berlainan, kita buat markas Pas, sehingga zakat fitrah pun kita tak bagi kepada kerajaan, majlis-majlis agama. Zaman saya dahulu, semua orang Pas bayar zakat kepada orang Pas, kadang-kadang duit zakat itu dibuat markas Pas. Hatta duit zakat fitrah pun tak dikeluar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

"Kenduri-kendara walau sekampung tak pergi, kalau pergi kita tanya daging disembelih orang Pas ke UMNO, kalau orang UMNO sembelih tak makan. Ini disebabkan fatwa bahawa orang UMNO kafir sebab orang UMNO asingkan politik dan agama," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu mendorong Maik mengeluarkan fatwa pada 1981 kerana bimbang masalah kafir-mengkafir termasuk akibat Amanat Haji Hadi boleh memecah-belahkan umat Islam.

"Kesan Amanat Haji Hadi ini amat besar, memalukan dan boleh membawa penyesalan".

"Saya menyesal kerana kita anggap UMNO kafir sehingga adik-beradik sendiri, macam abang ipar saya yang sokong UMNO, saya tak ikut dia menjadi imam, tidakkah kita berasa kesal sampai adik-beradik putus hubungan kerana amanat ini," katanya. - Utusan


GR kata: Islam PAS jauh terpesong, taubatlah cepat jangan menyesal nanti....

Tuesday, January 1, 2013

Kenapa Pencacai Pakatan BANGANG Sangat?? #PRmenipu

Mesti ramai pembaca ingin tahu kenapa tajuk artikel GR kali ini agak sedih pun yer jugak kerana disebabkan taksub dengan politik sanggup MENIPU rakyat untuk meraih simpati.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, pada hari Ahad lepas, satu ceramah 'Awas Gelombang Fitnah' yang disampaikan oleh Ust Fathul Bari (Ulama' Muda) telah diadakan di Bdr Tun Razak.

Sinonim dengan tajuk ceramah yang disampaikan, ada beberapa orang pencacai Pakatan turut hadir dalam ceramah tersebut. Tidak salah kita berkunjung dalam majlis ilmu ye x...lebih-lebih lagi majlis agama. Tidak siapa pun melarang untuk hadir majlis agama walaupun penganjurnya dari mana-mana pihak, yang penting mesej yang ingin disampaikan haruslah benar dan diterima oleh yang mendengarnya.

Pembaca lihat gambar di atas, kalau GR kategorikan pencacai Pakatan ni BODOH TOLOL sudah tentu mereka marahkan. Tapi lihatlah sendiri, disebabkan panas telinga agaknya dengar ceramah agama...mereka pun hanya ambil keadaan hadirin yang hadir di bahagian depan saja. Kenapa tak tunjuk secara keseluruhannya yer??

Pada pembaca sekalian ingin melihat sendiri keadaan sebenar ceramah tersebut dan gambar sekitar majlis berjalan boleh ke Facebook Pemuda UMNO Bdr Tun Razak. Apa yang penting gambar tersebut bukan diedit yer...


GR kata: Dengar cerita program tahun baru di Shah Alam yang panggil UAI, penganjurnya sebuah badan NGO bukan dari kerajaan negeri yer?? Kenapa Khalid Gagap claim program dia yer??


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ISK..ISK..ISK!! NEELOFA PAKAI BAJU NAMPAK TUTTT...


Gambar yang dikatakan panas ini telah dimuat naik oleh Neelofa sendiri di profil Instagramnya pada beberapa hari yang lepas menjadi perbualan hangat lebih-lebih lagi dari kaum Adam (lelaki).

Gambar itu jelas menunjukkan Neelofa tidak membutang bajunya hingga menampakkan buah dadanya.

Ada antara komen-komen yang diberikan kepada Neelofa boleh dikatakan tidak patut dibuat kerana hanya tuan badan sendiri sahaja yang tahu keadaan bajunya ketika itu.

Tetapi, ada juga peminat yang memberikan komen mengatakan baju yang dipakai oleh Neelofa waktu itu adalah dua lapis. Korang tengok pulak gambar yang dimaksudkan yer...apa komen korang??




GR kata: Jadi artis memang ler kena tahan apa orang katakan?? Hi hi hi

Artikel pelbagai