Wednesday, September 19, 2012

VIDEO: @Shilaamzah BIKIN ORANG DI CHINA TERPEGUN

WAH...wahhh...Nampaknya semakin murah rezeki penyanyi yang cantik bertudung- Shila Amzah tau. Haa… Mangga Online (MO) dan rakyat Malaysia berbangga bila Shila berjaya ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave di Shanghai, China yang akan berlangsung pada 20 September ini.

Shila bersama ibunya akan ke Shanghai pada 17 hingga 26 September ni. Sikap Shila yang tak gentar menyahut cabaran ni boleh dijadikan contoh kepada penyanyi remaja yang lain tau.



Cerita Shila:

“Alhamdulillah… Mula-mula rasa macam tak percaya dipilih ke final sebab semua peserta hebat-hebat. Maklumlah… Mereka terdiri daripada penyanyi-penyanyi berbakat dan popular dari negara masing-masing di seluruh Asia ni.

“Shila akan nyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (nyanyian Jaclyn Victor) , Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu bahasa Cina. Shila dan praktis sebaik mungkin. Cuma Shila perlu jaga kesihatan agar dapat beraksi dengan baik di pentas final nanti.

“Semua orang nak menang. Namun berjaya ke peringkat akhir sudah buat Shila happy kerana ini adalah pengalaman baru.

“Kalau dulu (tahun 2008), Shila pernah bertanding di Shanghai yang menghimpunkan penyanyi baru, sekarang Shila bersaing dengan penyanyi hebat. Nervous juga! Doakan yang terbaik buat Shila ye!

“Syukur… Pihak media luar dah mula nampak bakat Shila. Apa yang Shila tak sangka, ramai peminat muzik di sana teruja bila Shila nyanyi lagu bahasa Cina semasa separuh akhir dulu.

“Shila harap selepas ini, Shila lebih berpeluang mempromosikan diri di luar negara. Insya Allah…jika semuanya berjalan lancar, Shila nak hasilkan lagu dalam bahasa China dan masuk pasaran di sini.”

MO doakan Shila berjaya bawa kemenangan untuk negara yer… Shila memang berbakat besar dan berpesonaliti menarik. MO yakin Shila boleh pergi jauh! - Mangga Online



GR kata: Tahniah Shila Amzah kerana harumkan negara. Tengok tu, pakai tudung lagi murah rezeki...sapa kata tak dapat job yer?? Mana artis yang cakap camtu yer?? Hi hi hi...

Tuesday, September 18, 2012

#PRKampus: MAHASISWA JANGAN JADI BODOH IKUT 'BELAKANG' ANWAR!


Sejak akhir-akhir ini pembabitan ‘luar biasa’ dan luar batasan segelintir kecil mahasiswa cukup berani hingga ada melabelkan mereka golongan tidak terpelajar. Biarpun jumlahnya terpencil, perlakuan itu menjejaskan imej mahasiswa sehingga menjadikan sasaran masyarakat melemparkan pelbagai kritikan.

Lebih menyedihkan, golongan itu sanggup mengetepikan harga harga diri semata-mata mahu membuktikan diri berani menyahut cabaran. Justeru timbul persoalan, apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan golongan terbabit, adakah lambang keberanian atau sekadar mahu mencari publisiti murahan?

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata tindakan itu tidak dapat diterima walau apapun alasan kerana ia mencerminkan rendahnya mentaliti pemikiran mahasiswa.

Beliau berkata, golongan itu sepatutnya menjaga reputasi dan imej mereka, bukan sekadar untuk berseronok dan menjatuhkan maruah diri.

“Saya terkilan melihat perlakuan mereka, ini bukan cermin akhlak golongan terpelajar yang kita inginkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara kelak.

“Ia amat memalukan kerana reaksi mereka bersahaja. Ini bukan budaya timur apatah lagi orang Melayu kaya dengan budi bahasa dan tata susila.

“Kepincangan secara keseluruhan akan memberi impak berpanjangan jika tidak ditangani segera” katanya.

Perlakuan segelintir mahasiswa yang boleh dikategorikan terlalu biadap itu menjadikan masyarakat membuat tanggapan mereka adalah golongan yang sukar disandarkan harapan sebagai pemimpin masa depan.

Konflik berkenaan juga saling berkaitan sikap singkat pemikiran serta gemar menggunakan kata-kata kesat atau kurang beradab ketika mahu melontarkan pendapat. Beliau berkata, mahasiswa boleh meluahkan pandangan atau rasa tidak puas hati tetapi bukan dengan cara lucah atau menjatuhkan martabat diri, bangsa dan agama.

“Mungkin mereka tidak memikirkan kesan daripada perlakuan itu atau menyesal tetapi hakikatnya perbuatan sudah dilakukan, akibatnya kepada imej mahasiswa sendiri.

“Mahasiswa sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Biarpun hanya melakukan kesilapan kecil, boleh meledakkan isu yang besar atau panas.

“Saya berharap mereka berhati-hati dalam perlakuan mahupun tutur kata kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

“Di tengah kerancakan kita menyuntik dan membangunkan nilai mulia di kalangan generasi muda, ada yang menghancurkannya. Ini amat mendukacitakan,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan sikap itu berpunca daripada kalangan mahasiswa yang terlalu terpengaruh dengan kata hati dan gelodak jiwa muda.

“Masing-masing faham golongan itu sedang mencari arah kehidupan atau menikmatinya dengan cara tersendiri, namun gunakan akal secara rasional.

“Tidak usah menunjukkan ‘kebodohan’ sendiri semata - mata mahu menjadi hero. Itu bukan budaya kita,” katanya.

Kerana terlalu tunduk pada nafsu muda juga, katanya, ada di kalangan mereka merasa bangga melakukan perbuatan itu.

“Tapi sedarkah ia juga menjejaskan nama baik banyak pihak seperti ibu bapa dan institusi pengajian?

“Walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi trend generasi muda yang bersikap kurang ajar, suka cakap lepas dan menghentam tanpa bukti perlu ditangani.

“Cuba tanya diri sendiri apa yang diperolehi melalui tindakan itu, seronok, penghargaan atau cacian?” soalnya.

Pengerusi Kolej Poly Tech Mara, Datuk Sohaimi Shahadan berkata tindakan mahasiswa yang ekstrem disebabkan meluasnya pengaruh pelbagai media massa hingga mencetuskan keterujaan melampau.

Menurutnya, meskipun peranan media seperti Internet atau blog penting, tanpa pemantauan serius, ia boleh menyebabkan keruntuhan akhlak generasi muda.

“Alaf baru hari ini menyaksikan semua maklumat tanpa mengira sama ada benar atau tidak dapat diakses dengan mudah. Ia menyebabkan ada segelintir golongan muda menjadi terlalu taksub.

“Tanpa mengambil kira apa jua faktor, mereka melempiaskan pendapat atau perlakuan sewenangnya.

“Lebih bahaya, ada pihak cuba menangguk di air keruh atau mengambil ke?sempatan. Golongan muda atau mahasiswa yang menjadi mangsa,” katanya.

Beliau turut kesal apabila golongan mahasiswa hari ini terpesong dari dunia pendidikan sebenar.

“Institusi pengajian tinggi adalah tempat yang mulia kerana di situlah tersimpan segala ilmu, bukan melakukan perbuatan me?lampau.

“Seharusnya mereka malu bertindak demikian kerana memegang status mahasiswa. Mengapa tidak mahu berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu.

“Jangan gunakan alasan melakukannya kerana tidak tahu. Itu tidak boleh diterima sebab mereka adalah golongan terpelajar,” katanya.

Beliau berkata, mahasiswa di negara ini usah terlalu agresif meluahkan rasa tidak puas hati dan melakukan kekecohan seperti di negara luar.

“Keadaan di sini tidak sama seperti di luar. Mahasiswa di negara ini menikmati pelbagai kemudahan dan akses terbaik untuk mendapat pendidikan.

“Jadi tidak perlu me?ngeruhkan situasi dengan tindakan itu sebaliknya berusaha untuk bersama-sama mengekalkan apa dinikmati ini dengan sempurna.

“Daripada membuang masa menunjuk punggung atau melakukan perbuatan tidak senonoh, buktikan diri mereka hebat dengan mencipta kejayaan dalam akademik, sukan atau penyelidikan,” katanya. - Mymetro


GR kata: Mahasiswa adalah golongan anak muda yang bakal jadi pelapis negara, jangan rosakkan masa depan korang...

TERKINI: SUARAM HARUS DIHUKUM, JANGAN BAGI PELUANG!!


Akhirnya pertubuhan NGO yang kita pun tidak pasti akan kesahihan penubuhan mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan. Inilah pertubuhan yang didalangi oleh pakatan pembangkang dalam menjalankan segala agenda jahat dan bodoh mereka. Kewujudan mereka menjadi tanda tanya dan yang penting dana yang mereka perolehi dari mana datangnya??

Dana asing yang diterima mereka, seharusnya dibongkarkan sedalam-dalamnya kerana dengan agenda jahat pakatan pembangkang boleh mendatangkan mudarat pada negara. GR juga mohon siasatan dilakukan dengan sehabis baik dari pihak berkuasa dan juga peguam negara agar jangan diberikan peluang pada petualang-petualang negara. Peguam negara janganlah berlembut lagi, Anwar tidak layak untuk jadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang atau pun sampai bila-bila....

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menyerahkan kertas siasatan membabitkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) kepada Peguam Negara pada petang Selasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, berkata kertas siasatan itu turut mengandungi cadangan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap Suaram.

Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut pertuduhan yang disediakan berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, sekiranya Peguam Negara memutuskan wujud kesalahan dan pertuduham dikenakan, SISB atau pengarahnya akan dihadapkan ke mahkamah.

"Agensi yang terbabit dan mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) serta SISB akan mengambil tindakan undang-undang mengikut keperluan masing-masing.

"Ini kerana agensi seperti ROS, Bank Negara Malaysia dan SSM mempunyai bidang kuasa berbeza," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat agensi siasatan Suaram di sini, pada Selasa.


GR kata: Bogelkan jer kegiatan busuk si Anwar Ibrahim nie...

PERGH..HEBAT? BUKTI RAKYAT 'SAYANGKAN' PAKATAN PEMBANGKANG DI SELANGOR!


Inilah situasi sebenar ketika menjelang PRU 12 dahulu. GR terangkan secara ringkas kronologi apa yang disampaikan oleh puak-puak pembangkang pada rakyat ketika itu...

  • Pada PRU-12 Pakatan Haram bermanifestasi bahawa setiap rakyat akan nikmati air percuma jika terpilih menerajui negeri Selangor.
  • Skim air percuma dibentuk selepas Pakatan Haram mula berkuasa.
  • Namun, air percuma tersebut hanyalah untuk orang kaya sahaja yang mana tinggal di rumah-rumah bungalow dan teres.
  • Rakyat miskin yang tinggal di flat pula tidak pernah merasa nikmat air percuma yang Khalid turut dapat maklum lah, Khalid Gagap tinggal di rumah bungalow.
  • Bukan setakat penduduk flat, malah penduduk di apartment dan kondo juga tidak pernah menikmati air percuma.
  • Apa yang pasti, Khalid Gagap dan barisan exconya, semuanya menikmati Skim Air Percuma ini.
  • Apabila rakyat Selangor telah mulai sedar penipuan Khalid dan pakatan ini, Khalid pula dengan penuh selamba derk mendakwa bahawa manifesto pada PRU-12 yang lalu bukanlah "janji yang perlu ditepati".
  • Dalam erti kata lain, manifesto pembangkang hanyalah auta sebagai batu loncatan penguasa mereka untuk memenuhkan kantung peribadi mereka dan gundik-gundik mereka.
  • Rakyat yang telah merasa tertipu secara terang-terangan merasa semakin marah dan menuntut hak mereka lalu mereka telah mendapat nasihat guaman dengan bantuan GPRS.
  • Akhirnya, saman telah pun difailkan dengan tuntutan hampir setengah juta (RM) dari rakyat negeri Selangor.

So...apa lagi wahai rakyat di negeri Selangor dan negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang. Korang nak ker pisang berbuah untuk kali yang kedua?? Tepuk dada tanyalah hati yer...Fikir-fikirkanlah!!


Monday, September 17, 2012

AKHIRNYA NURUL IZZAH MENGAKU KALAH, TAK MAHU JADI AHLI PARLIMEN LAGI!?


Sejak dari tahun 2008 ahli parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah hanya gah pada nama. Apa yang GR lihat tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh ahli parliment tersebut. Apa yang beliau lakukan selama mandat yang diberikan pada beliau di Lembah Pantai? Sudah pasti rakyat di Lembah Pantai yang lebih mengetahuinya.

Dari apa yang kita lihat dan ketahui, ahli-ahli parlimen dari pakatan pembangkang ini bukannya buat kerja. Baik turun padang bertemu rakyat mahukan pembangunan serta pertolongan untuk rakyat di kawasan yang mereka menangi. Begitu juga dengan Nurul Izzah ini, beliau menang ketika PRU 12 di Lembah Pantai adalah disebabkan populariti bapa beliau Anwar Ibrahim. Pada ketika itu rakyat berfikir beliau dapat membuat perubahan yang mendadak seperti yang telah mereka berikan dalam manifesto pakatan pada tahun 2008.

Terkini rakyat di Lembah Pantai terutama di kawasan Kerinchi berterima kasih pada Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik melalui DBKL telah meluluskan tapak pasar malam di kawasan tersebut. Ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap keperluan rakyat di situ untuk membeli keperluan harian mereka.

Kuala Lumpur City Hall (DBKL) will provide a new site for traders of a night market at a four-storey flat in Kampung Kerinchi, here, after the area was closed off for a redevelopment project.

Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said they were in the process of finalising the new site. He said currently, the traders involved were selling by the road shoulder, which obstructed traffic and caused the public to complain.

The proposed new site is situated at the car park of a 17-storey flat not far from the current site, he told a news conference after presenting contributions to future haj pilgrims in Lembah Pantai, here today.

"The car park will be modified, but it all depends on the consent of the flat residents. Let DBKL make the decision," he added. — Bernama

Apa yang Nurul Izzah buat selama beliau menjadi ahli parlimen Lembah Pantai? TIDAK ADA sama sekali...turun padang bertemu rakyat pun boleh dikira. Rakyat harus menilai selepas ini pada PRU 13 pilihlah calon yang benar-benar dihati rakyat yang boleh menyelesaikan masalah rakyat bukannya menambahkan lagi masalah!!


GR kata: Nurul Izzah lari ke Titiwangsa pulak, bakal jadi macam Lembah Pantai la jawabnya...

Artikel pelbagai