Showing posts with label rafizi ramli. Show all posts
Showing posts with label rafizi ramli. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

HOT #KrisisSelangor: @rafiziramli BUAT DRAMA, CUBA NAK LEPASKAN DIRI! @drwanazizah



Alasan!! selepas tersebarnya satu dokumen yang dikatakan, dokumen rahsia dan sulit berkenaan “Langkah Kajang” yang dirangka oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli, hari ini tuan punya badan tampil menafikannya.

Rafizi menuduh blogger dari UMNO yang mencipta sendiri dokumen berkenaan. Dalam penafian itu, Rafizi dibantu oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dengan membuat satu kenyataan yang agak bercanggah daripada kenyataan Rafizi sendiri.

Dalam tweetnya berkaitan pendedahan itu, Rafizi dikatakan tidak menyebut strategi mengadakan pilihan raya kecil Kajang itu sebagai “Langkah Kajang” tetapi “Serampang Kajang”.


Seperti yang di ajarkan oleh Anwar kepada barua-baruanya, bila dah terkatoi, jangan jawab perkara yang kantoi tu, pusing dan create cerita lain...

Inilah yang berlaku kepada Rafizi Ramli...Korang cuba ingat balik al kisah ketika Rafizi majlis pertunangan anak PM Najib. Katanya Najib gunakan duit rakyat dan macam-macam tomahan lagi. Last-last kantoi...aper citer???

Dia tak berani nak jawab dan komen soalan dan pertanyaan dari dewan Pemuda PAS, pasal dokumen sulit nak jahanamkan ekonomi negara (kajang move) itu, tapi dia cuba bermain dengan isu lain, kononnya ada bloger pro UMNO mengaitkan dia dengan pompuan mat saleh bernama kristin...


Lepas tu mulalah pusinng cerita dengan mengatakan Kristin tu seorang kucing 'belaan' si Rafizi nie. Sampai sanggup masukkan lacurkan gambar anak sendiri demi nak cover diri yang dah kantoi penipu. Gambar seperti di atas.

Tidak nampak pulak di alam maya ini, tersebarnya cerita Rafizi bermukah dengan perempuan bernama kristi, baik dalam facebook, twiter dan blog.  Betul tak??

Rafizi sengaja nak alih pandangan orang supaya tidak membesarkan kebocoran dokumen #KajangMove.  Malah mengikut sumber, dokumen Kajang Mobe itu diperolehi dari budak-budak PKR Pandan yang rapat dengan Rafizi.

Alahai Rafizi kawasan sendiri pun tak jaga dengan betul sibuk nak rampas kuasa orang lain. Bila dah kantoi, ade juga yang percaya bulat-bulat pada Rafizi nie kan. Sapa yang bodoh yer???


GR kata: Dah terkangkang, cuba nak jilat balik yer!!!

Thursday, August 22, 2013

TAKUT DENGAN NAIB PRESIDEN UMNO, @rafiziramli AKHIRNYA MENGAKU SALAH SENDIRI! @Zahid_Hamidi


Akhirnya Rafizi Ramli badut Anwar Ibrahim sekali lagi mengaku salahnya MEMFITNAH DS Zahid Hamidi pada PRU13 yang lepas. Beliau telah membuat permohonan maaf dan memohon agar DS Zahid Hamidi menarik balik saman terhadap beliau.

Kita semua ketahui sikap pemimpin UMNO seperti DS Zahid Hamidi adalah contoh yang perlu diikuti. Beliau sanggup memaafkan walaupun ada orang mencemarkan maruah beliau. Zahid Hamidi juga dihormati kawan dan juga lawan. Patutlah Rafizi lembu tarik balik fitnah yang dia dah buat dalam blog beliau sendiri.

Seterusnya baca di bawah:

KUALA LUMPUR, 21 Ogos - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Rabu menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mohd Rafizi Ramli selepas pengarah strategik PKR itu bersetuju mengeluarkan kenyataan yang diakuinya tidak betul daripada blognya.

Dalam kenyataan yang dibacanya di Mahkamah Tinggi di sini, Mohd Rafizi berkata Ahmad Zahid tidak menyalahguna kuasanya (ketika menjadi Menteri Pertahanan) dalam apa jua cara dan tidak mempunyai peranan dalam penetapan keputusan berkaitan transaksi pembelian saham dan tanah pembangunan.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan plaintif (Ahmad Zahid) bahawa plaintif tidak menyalahguna kuasanya dalam apa jua cara dan tidak mempunyai sebarang peranan dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk menyertai transaksi bagi memperoleh saham dan tanah pembangunan milik Astacanggih Sdn Bhd daripada Awan Megah Sdn Bhd seperti yang disebut dalam artikel saya bertarikh 29 Dis 2012.

"Oleh itu, dengan ini, saya secara sepenuh hati dan tanpa sebarang syarat menarik balik kenyataan tidak benar yang saya buat dalam artikel saya itu berkaitan plaintif," katanya.

Peguam Datuk Saseedharan Menon, yang mewakili Ahmad Zahid, memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid menerima kenyataan itu dan menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Mohd Rafizi.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong membenarkan permohonan itu dan membatalkan saman berkenaan, tanpa sebarang perintah berkaitan kos.

Ahmad Zahid memfailkan saman itu pada 25 Jun dengan mendakwa Mohd Rafizi menyiarkan dalam laman blognya, RafiziRamli.com, satu artikel yang mengandungi perkara tidak benar dan ditulis dengan niat jahat untuk memberi gambaran negatif tentang beliau (Ahmad Zahid).

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am, khas dan teladan serta penarikan balik artikel itu sepenuhnya serta permohonan maaf dalam empat akhbar harian tempatan. - BERNAMA




Budak mentah dan hingusan macam Rafizi memang patut terima balasan. Pada Anwar Ibrahim hentikanlah perkara bodoh hantar budak suruhan nak jatuhkan Zahid Hamidi. Cermin dulu diri tu sebelum nak buat aniaya pada orang lain.

Apa pun tahniah GR ucapkan pada DS Zahid Hamidi. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa bersama orang yang benar.


GR kata: Rafizi lembu dah banyak kali kantoi menipu, pun masih ada yang buta hati...buta mata!!

Saturday, April 27, 2013

#PRU13: TURUNKAN HARGA KERETA, @rafiziramli KANTOI MENIPU LAGI!

Rajah : Perbezaan harga sebelum dan selepas cukai dengan harga yang disebut oleh Rafizi

1. GR baru sahaja menonton youtube yang dibuat oleh Pakatan Haprak (PKR-DAP-PAS) di mana Rafizi Ramli memberitahu mengenai menurunkan harga kereta dan telah membuat anlisis. Ini pendedahan penipuan Rafizi untuk pengetahuan semua.

2. Menonton video tersebut, membuatkan GR terkilan dengan sikap suka menipu yang dibuat oleh Pakatan Haprak. Sememangnya, sudah banyak penipuan yang dibuat mereka, dan kini mereka masih terus menipu.

3. Mungkin mereka ingat rakyat begitu bodoh untuk mempercayai mereka. Tetapi mereka lupa, bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh dan tidak mudah tertipu dan terpedaya. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang suka berfikir dan mengutamakan kebenaran.

4. Video menurunkan harga kereta tersebut mempunyai beberapa penipuan yang terlalu besar. Untuk menunjukkan impak tindakan menghapuskan cukai, mereka menipu dari segi harga sebelum dan selepas penghapusan cukai.

5. Dalam video tersebut, Rafizi memberi 3 contoh harga kereta iaitu kereta Myvi, kereta Honda Civic dan kereta Toyota Camry. Beliau membuat pengiraan mudah dengan menolak peratusan cukai eksais dan cukai jualan dari harga-harga kereta tersebut yang sebenarnya adalah satu cara pengiraan yang salah.

6. Untuk melihat harga-harga kereta ini tanpa cukai, kita hanya perlu merujuk kepada harga yang dijual di kawasan bebas cukai seperti Pulau Langkawi ataupun Pulau Labuan. Tempat-tempat ini adalah bebas cukai, dan tiada sebarang cukai dikenakan terhadap kereta-kereta yang dijual. GR akan menggunakan harga-harga ini untuk menunjukkan kesilapan yang dibuat oleh Rafizi.

7. Kesalahan paling utama Rafizi Ramli adalah apabila beliau mengatakan harga Myvi selepas penghapusan cukai adalah RM 21,140 !!! Mungkin beliau cuba menipu rakyat dengan mengatakan melalui penghapusan cukai, rakyat akan mampu beli kereta tetapi pada hakikatnya tidak. Harga Myvi di Langkawi tanpa sebarang cukai adalah RM 37,942.55 dan harga dengan cukai (di Semenanjung) adalah RM 41,924.30. Perbezaanya adalah lebih kurang RM 4,000.00. Ini menunjukkan kereta Nasional hanya dikenakan cukai jualan (10%) di semenanjung dan tidak dikenakan cukai eksais (75%) seperti yang disebut Rafizi. Begitu juga dengan kereta Proton. Harga Preve di Langkawi dan Semenanjung hanya berbeza sebanyak RM 3k - 4k sahaja.


8. Oleh itu, walaupun dengan penghapusan cukai oleh Pakatan Haprak, harga kereta terendah (Proton dan Produa) adalah lebih kurang masih sama.

9. Bagi kereta Honda Civic (1.8), harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 77,980.00 dan bukannya RM 63,150 seperti yang disebut Rafizi.

10. Bagi kereta Toyota Camry (2.0) pula, harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 97,015.40 dan bukannya RM 71,000 seperti yang disebut Rafizi.

11. Perbezaan yang sedikit bagi kereta-kereta seperti Toyota dan Honda yang dikenakan duit eksais dan cukai jualan ini adalah kerana harga yang dikenakan duti dan cukai bukanlah dari harga jualan, tetapi dari harga asal(kos) yang diistiharkan oleh syarikat kereta.

12. Melihat kepada harga-harga selepas penghapusan cukai, kemampuan rakyat tidak akan berubah. Beban hutang rakyat juga tidak akan berubah.

13. Sekiranya sebelum penghapusan cukai, kemampuan seseorang adalah membeli kereta yang bernilai RM 40K, selepas penghapusan kemampuan beliau masih sama iaitu membeli kereta bernilai RM40K. Oleh itu, beliau masih mampu membeli Perodua Myvi sepertimana kemampuan beliau sebelum penghapusan cukai. Sekiranya sebelum ini, beliau terpaksa mengambil loan selama 9 tahun untuk beli Myvi ini, selepas penghapusan cukai,, beliau masih lagi perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk beli kereta yang sama. Tiada perbezaan.

14. Sekiranya, sebelum penghapusan cukai, kemampuan membeli kereta seseorang adalah RM 60k-70k dan beliau perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk membeli kereta ini, maka selepas penghapusan cukai, kemampuan beliau masih sama iaitu kereta bernilai RM 60k-70k dan beliau masih memerlukan loan 9 tahun untuk membelinya. Mungkin yang berbeza adalah model kereta. Kalau sebelum ini, beliau boleh beli Preve (yg berharga dalam RM60k-R70K), maka selepas ini, mungkin beliau boleh membeli Toyota Vios (yg berharga lebih kurang sama). Tetapi, Proton Preve mempunya ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi yang jauh lebih tinggi dari Toyota Vios. Walaubagaimana pun, kemampuan dan beban hutangnya masih sama dan tidak berkurang.

15. Untuk pengetahuan semua, penghapusan cukai kenderaan ini sebenarnya lebih menguntungkan orang kaya dan tidak menguntungkan golongan miskin. Kemampuan mereka yang berpendapatan rendah masih sama, beban hutang mereka masih sama. Bagi orang kaya, kalau sebelum ini mereka hanya mampu memandu Mercedes C class, mungkin selepas ini mereka boleh memandu Mercedes E class.

16. Disamping itu, penghapusan cukai ini mengurangkan pendapatan kerajaan (tiada negara di dunia yang tidak mengenakan cukai kenderaan), dan kononnya hasil kerajaan boleh ditebus melalui lelongan AP pula adalah tidak tepat dan salah. Bagi mereka yang berfikir, mereka boleh melihat kesalahan (mungkin disengajakan) dalam pengiraan lelongan AP yg dibuat Rafizi. Tambahan pula, AP ini mungkin tidak laku dan hasil yang dijangkan tidak menjadi kenyataan. Kebanyakan negara mengenakan cukai terhada kenderaan. UK mengenakan 20% VAT, US mengenakan cukai mengikut states, Thailand mengenakan cukai lebih kurang 30%, Australia juga mengenakan cukai atau levi.

17. Apabila pendapatan kerajaan berkurang, perbelanjaan yang lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan infrastruktur termasuk yang membantu golongan miskin akan terjejas. Akhirnya, kesan terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah semakin buruk. Sudahlah penghapusan cukai lebih menguntungkan golongan kaya dan tidak memberi impak kepada golongan miskin, malah tindakan ini juga bakal menjejaskan pembangunan lain yang boleh membantu golongan yang memerlukan ini.

18. Kepada Pakatan Haprak, janganlah lagi membodohkan rakyat dengan cara menipu seperti ini. Ingat, Rakyat Malaysia tidak bodoh, dan mereka mampu berfikir untuk menolak penipuan-penipuan anda.

19. Rafizi juga berkata dengan yakin janji ditaburkan sekali lagi Manifesto Pakatan Haprak akan "DITUNAIKAN" jika mereka berjaya menakluk Putrajaya. Tapi boleh percaya lagi ker, sebab dia sendiri yang cakap macam nie...



GR kata: Kalau pendidikan percuma pun tak confident nak bagi lagi, apalah dengan Manifesto yang lain. Pakatan kata Manifesto Bukan Janji kan!!

Wednesday, January 30, 2013

TERKINI: @rafiziramli DITANGKAP POLIS HARI INI!!


Hari ini Rafizi Ramli a.k.a Rafizi Jambu ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Rafizi diikat jamin RM 15,000 dan dijamin oleh ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad manakala pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.

Siapa hakim yang mengadili kes ini? Passport Rafizi tidak diambil oleh pihak mahkamah sedangkan jika disabit kesalahan dan kes mahkamah passport antarabangsa dipegang oleh pihak mahkamah. Si pesalah tidak dibenarkan untuk lari ke mana-mana.

Macam ada yang tak kena jer ni?? Rafizi mintak tolong Bang Non la ni yer!!!


GR kata: Ingat power sangat yer. Satu-satu Tuhan akan bayar CASH tau Rafizi!!

Saturday, January 19, 2013

@rafiziramli BODOH BETUL, MAIN CAKAP AJE TUDUH SANA TUDUH SINI! PADA HAL TAK TAU FAKTA, BILA ORANG DAH BAGI FAKTA TAK PERCAYA! ITULAH PERANGAI PAKATAN RAKYAT!!


Sebagaimana tajuk di atas begitulah artikel kali ini. Pakatan Rakyat seringkali mengulangi pembohongan demi pembohongan melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.

Ini adalah satu kaedah propaganda yang jahat amalan REJIM YAHUDI bagi meracuni pemikiran orang-orang Islam agar hidup dalam pertelagahan yang berpanjangan.

Selain daripada fitnah-fitnah yang lain, fitnah terbaru yang melibatkan Isu LTAT dengan niat untuk menyerang Institusi Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan.

Saksikan video pencerahan oleh Dato' Seri Zahid Hamidi yang menangkis dengan fakta fitnah-fitnah oleh Pakatan Pembangkang. Seandainya isu tersebut bukan fitnah, beranikah Rafizi Ramli berhadapan dengan Menteri Pertahanan bagi menempelak huja-hujah beliau.





GR kata: Rafizi bongok!!

Thursday, January 10, 2013

RAFIZI TERIMA 'DUIT' DAP DEMI MENJATUHKAN BANGSA MELAYU!!


Hebat sangatkah Pengarah Strategi PKR nie? Lepas satu hal ke satu hal dibuatnya. GR lihat makanan sebati beliau dengan MENIPU rakyat gamaknya dengan berbuat demikian hidupnya aman agaknya.

Jika kita lihat pelbagi isu-isu baru yang ditimbulkan oleh Rafizi Ramli ini adalah untuk MENUTUP kes NFC yang mana penipuan beliau selama ini terbongkar sudah. NFC yang kita semua ketahui tidak ada kaitannya dengan bekas Menteri Wanita tapi dengan pengunduran beliau dalam jawatankuasa Kabinet menampakkan Rafizi berjaya MENIPU rakyat.

Bila pendedahan dibuat oleh blogger KL CHRONICLE, pandai pula Rafizi bersuara menyatakan NFC tidak telus memberikan maklumat kepada blogger tersebut. Aiiii...tau pulak takut yer.

Sebab itulah timbulnya pelbagai isu yang kita lihat sekarang ini tak masuk akal, senang kata HENTAM KEROMO jer asalkan boleh 'coverline'.

Baca di bawah :

Projek pembangunan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di Putrajaya dijangka siap selewat-lewatnya pertengahan 2015.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelewatan pembinaan Puspahanas adalah berpunca daripada masalah pertukaran tanah dan bukan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kami sedang memantau perkembangan Puspahanas dan sedia maklum kelewatan pembinaannya adalah berpunca akibat pertukaran tanah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Iran ke Malaysia, Mohammad Jalal Firouznia di Wisma Pertahanan di sini hari ini. - UTUSAN

Pembaca lihat kenyataan di atas ini jelas terjawab punca kelewatan pembinaan adalah punca dari pertukaran tanah. Ada ker proses pertukaran tanah boleh dilakukan dalam masa yang cukup singkat? Kita ambil contoh, tidakkah Rafizi berfikir dengan projek perumahan rakyat di Selangor yang secara tiba-tiba dinaikkan kepada rumah kos sederhana mewah. Jelas itu lebih membebankan rakyat dan penyelewengan juga boleh kita kaitkan di situ.

Jika kita fikir sejenak, segala isu yang cuba diputarbelitkan oleh Rafizi adalah mengenai institusi Melayu. Beliau seharusnya berbangga kerana institusi Melayu boleh berkembang pesat dalam arus pembangunan. Kenapa CEMBURU melihat anak bangsa sendiri maju ke depan? Rafizi ini bukan darah daging Melayu ker?

Sanggup mengadaikan maruah bangsa sendiri demi mendapat wang yang mungkin banyak DIBAYAR kepada beliau tapi sampai bila nak MAKAN duit serupa itu. Tahukah pembaca semua LTAT adalah sebuah badan berkanun dan fungsi badan berkanun ini ialah apa? Mesti ramai yang tahu bukan...

Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau singkatannya LTAT ialah sebuah badan berkanun kerajaan yang telah ditubuhkan melalui akta parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada anggota lain-lain pangkat dan satu skim simpanan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela.

LTAT merupakan tabung amanah dengan tanggungjawab asasnya untuk menguruskan kumpulan wang dan harta pencarum dengan cara paling cekap untuk mendapatkan pulangan yang sebaik-baiknya dan memastikan supaya nilai kumpulan wang dan harta ini terpelihara.

LTAT mengamalkan strategi untuk melabur di dalam pelbagai sektor dan industri, untuk menjamin kemantapan pulangan pelaburan di dalam apa jua keadaan ekonomi dan untuk pertumbuhan pelaburan dalam jangkamasa panjang.

Bagi pulangan jangka pendek LTAT melabur di dalam Pasaran Wang dan Pasaran Saham. Operasi pasaran saham LTAT dikendalikan oleh beberapa pengurus dana tempatan dan unit portfolio urusniaga saham LTAT sendiri.



Jika LTAT sebuah badan berkanun dan mempunyai sektor pelaburan di dalamnya, kenapa salah LTAT mahu menjana pendapatan sendiri. Inilah fungsi mereka sebenarnya. Dan tidak ada sebab untuk mengaitkan Menteri Pertahanan atau pun Perdana Menteri dalam hal ini kerana setiap keputusan yang dibuat adalah merujuk kepada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.

Takkan itu pun Rafizi tak tau yer? Bukankah beliau dulu bekerja dalam Petronas yang kita semua tahu sebuah syarikat yang ternama. Mungkin disebabkan beliau tidak layak menjawat jawatan di Petronas sebab itu sanggup gadaikan maruah bangsa sendiri. Layakkah manusia seperti ini kita mahu angkat sebagai pemimpin?? Tepuk dada tanya selera.....


GR kata: Rafizi lain kali guna akal jangan guna pungkok yer....

Friday, December 21, 2012

PANAS: ANGKARA RAFIZI RAMLI, BLOGGER PRO-BN HILANG ENTAH KE MANA!!


Pertama sekali GR ingin mengucapkan selamat pulang ke Malaysia pada Rafizi Ramli. Lama betul menghilang yer...dengar khabar pergi oversea yer menuntut ilmu. Ilmu apa tu yer??

Apa sebenarnya terjadi pada Rafizi Ramli nie selepas isu NFC? Pada pandangan puak Pakatan mereka telah berjaya membongkar perkara sebenar berkenaan isu NFC ini. Betul ker? Dari sumber dalaman lain pula ceritanya. Cerita ini diceritakan sendiri pada GR oleh orang kuat PKR sendiri. Pening juga bila mengkaji kebenaran yang sebenar mengenai isu ini.

Terbaru pula, Rafizi Ramli dikatakan mempunyai hubungan yang agak intim dengan seorang blogger ini. Sudah kita semua ketahui perwatakan lembut Rafizi Ramli ini tidak hairan jika dikaitkan dengan lelaki. Sama seperti ketua mereka la kan...laki perempuan semuanya sapu. Isk isk isk....

Dari maklumat dalaman, GR difahamkan blogger tersebut berasa hati dengan Rafizi. Perasaan cemburu yang membuak-buak membolehkan sesiapa yang berada disamping mereka terfikir apakah sebenarnya yang berlaku. Ini adalah disebabkan satu perkara rahsia yang membuatkan hubungan mereka renggang tidak mesra seperti dulu.

GR tak mahu mengulas panjang...pembaca bacalah pendedahan ikhlas yang dibuat oleh blogger tersebut. Rafizi Ramli mana mau lari?? Dah sedap buat...jangan pulak tak nak bertanggungjawab yer....

KLIK SINI


GR kata: Pada blogger tersebut....GR ucapkan selamat menempuh alam kehidupan yang baru!!

Thursday, April 12, 2012

ALAHAI...SIAPA TIRU SIAPA NI?? @rafiziramli #mejabulatptptn



Program Meja Bulat PTPTN yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Biro IPT telah pun tamat semalam dengan jayanya. Pelbagai resolusi telah dibincangkan oleh wakil-wakil mahasiswa dari seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia dan resolusi tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin untuk disampaikan kepada YAB PM DS Najib Razak.

GR juga turut serta dalam bengkel tersebut dan melihat sendiri ramai mahasiswa di Malaysia tidak menyokong jika PTPTN itu dimansuhkan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, PKR juga buat program yang lebih kurang sama pada 2 hari lepas di Shah Alam. Nak tiru #mejabulatptptn ker Rafizi??? Janganla macam tu kawan...He he he

GR juga difahamkan dari sumber dalaman program yang dibuat oleh PKR buatnya seperti rundingan tetapi penjelasan dari pihak mereka kononnya guna duit Petronas untuk cover PTPTN jika mansuhkan. Perghhhhh...senangnya macam tu, dah macam makan kacang. Macam amik servis China Doll pun ada jugakkan. Main suka-suka ambil. Janganla cetek sangat pemikiran tu wahai Rafizi tau la kerja Petronas dulu.

Kenapa program yang dianjurkan oleh PKR ini tidak dipanggil wakil pegawai dari PTPTN itu sendiri seperti yang dibuat oleh Program Meja Bulat ini?? Penjelasan yang dibuat oleh satu pihak saja macam mana nak ada penyelesaian kalau macam tu. Kata membawa suara rakyat?? Pembela nasib mahasiswa??? Ada ketelusan ke macam tu?? Yang hadir dipanggil untuk turut serta pun puak-puak sendiri saja dari mahasiswa pro-Militan. Kenapa tak jemput semua??? Boleh tolong jawab tak Rafizi???


Pembaca lihat gambar di atas, program seperti inilah yang perlu dibuat dan nampak ketelusan untuk menyelesaikan isu yang timbul. Pelbagai idea dikongsi walaupun pada peringkat awal rundingan meja bulat agak panas dengan mahasiswa meluahkan pandangan mereka agar didengar oleh pihak PTPTN. Bukannya buat penjelasan yang syok sendiri, orang yang dengar pakat angguk jer....


GR berpendapat adalah tidak wajar Pakatan Haprak melibatkan Petronas dalam isu PTPTN ini kerana Petronas bukannya institusi kewangan. Mereka adalah syarikat yang menjana pendapatan mereka sekaligus pada negara. Tidak ada sebab pihak Kerajaan mengambil wang dari Petronas untuk dijadikan pinjaman kepada para mahasiswa yang ingin menuntut pengajian di IPT. Kita semua sedia maklum PTPTN yang ditubuhkan pada 1997 ini adalah pinjaman yang diberikan oleh pihak bank di Malaysia kepada PTPTN dan pihak Kerajaan hanya sebagai orang tengah yang memberi jaminan. Sistem ini lebih kurang macam kita buat loan rumah, kereta dan sebagainya. Tetapi fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Haprak tidak munasabah kerana membebankan mahasiswa kerana interest yang dikenakan oleh PTPTN jika peminjam lambat sangat bayar hanya 1% setahun dari jumlah pinjaman yang mereka ambil. Dalam rundingan #mejabulatptptn yang diadakan semalam, mahasiswa mencadangkan agar kadar faedah ini dimansuhkan kerana ia dapat meringankan beban pada peminjam.

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

PTPTN juga memberikan lagi banyak kelonggaran kepada peminjam dari segi rundingan berapa mahasiswa ini mampu bayar sehingga langsai pinjaman mereka dengan PTPTN. GR nak tanyalah kan...PTPTN yang suruh atau paksa mahasiswa isi borang pinjaman tersebut atau pun korang yang isi sendiri?? Sifat manusia Allah SWT jadikan dalam diri manusia, siapa yang tak nak benda FREE kan...TAPI apakah jika pendidikan percuma Kerajaan berikan akan lahir mahasiswa yang berkualiti yang bakal menjadi pelapis pemimpin pada negara?? Fikir-fikirkanlah....

Ini orang pandai cakap saja maa...


GR kata: Siapa yang cadangkan PTPTN pada tahun 1997 yer?? Orang tu pulak yang nak hapuskan. Cakap putar alam betullah....

Artikel pelbagai