Showing posts with label Pilihanraya Umum 13. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya Umum 13. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

#PRU13: JAGA-JAGA 5 MEI...? PAKATAN BUAT RUSUHAN, RAKYAT JANGAN TAKUT KELUAR MENGUNDI!


Hanya tinggal beberapa hari saja lagi negara akan menentukan pucuk pemerintahan negara sama ada ianya kekal dengan sedia ada atau pun perubahan yang drastik. Sejak dari penamaan calon pelbagai kempen yang mereka lakukan demi menarik raih undi rakyat.

Rakyat sekarang tidak boleh disamakan seperti zaman dahulu kerana mereka bijak menilai mana 'intan dan mana permata'. Untuk PRU13 kali ini dilihat terlalu banyak perubahan yang dibuat oleh PM Najib Razak. Transformasi yang dibuat disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia. Atas sebab itulah pakatan haprak sudah nampak mereka akan kalah teruk pada PRU kali ini.

Ini adalah disebabkan rakyat lebih cenderung dengan slogan yang dibawakan oleh PM Najib iaitu Rakyat Didahulukan dan Janji Ditepati. Baca SINI

Pada 5 Mei 2013 adalah hari yang bakal mengundang sejarah kerana GR lihat inilah pilihanraya yang cukup bermakna pada semua. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang kita lihat sudah berbalik menyokong Barisan Nasional. Mungkin ramai pembaca sudah ketahui cakap-cakap kata pada 5 Mei nanti bakal terjadinya rusuhan seperti 13 Mei. Ada juga GR lihat dan tanya ramai warga kota baik di KL dan juga beberapa negeri di semenanjung, rakyat sudah membeli barang keperluan harian kerana takut rusuhan benar terjadi. Sudah tentu akan putus bekalan makanan jika ianya terjadi.

Pada rakyat Malaysia, usah takut dengan ugutan yang diwar-warkan oleh Pakatan Haprak. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Sistem keselamatan negara juga adalah ditahap yang terbaik. Polis Diraja Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan masyarakat memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Beberapa rusuhan besar yang dianjurkan oleh pakatan haprak berjaya dikawal dengan baik oleh PDRM.


KUALA LUMPUR 2 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti beberapa kumpulan yang dipercayai merancang untuk melakukan kekecohan pada hari mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengenai dakwaan akan berlakunya kekecohan itu dan beberapa individu termasuk orang kenamaan telah dipanggil bagi merakamkan percakapan.

"Amaran telah diberikan termasuk kepada kumpulan ini dan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya mereka tetap berkeras melakukannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Hasil maklumat dan analisa yang dibuat, punca rusuhan ini bakal terjadi adalah disebabkan oleh dari tindakan pihak atasan pakatan haprak sendiri.  Sumber dari WarRoom DAP dan PKR beritahu GR, pihak atasan pakatan sudah ketahui mereka akan kalah teruk pada PRU13 ini. Oleh itu, strategi mereka berubah dengan memberitahu pada pucuk pimpinan peringkat kedua seperti ketua-ketua cabang, bahawa 5 Mei ini Pakatan Haprak akan menang besar dan berjaya ke Putrajaya.

Ketua-ketua cabang ini menyampaikan arahan pada balaci-balaci peringkat bawahan bahawa 5 Mei 2013 ini pakatan haprak akan 'berjaya ke Putrajaya'. Apa akan jadi jika sebaliknya, BN menang besar PRU13 ini sudah tertentu rakyat yang jadi penyokong tegar mereka akan mengamuk dan mengatakan sistem piliharaya tidak bersih dan SPR menipu.


Salah satu kejutan Anwar dah pun terjadi, alhamdulillah Allah SWT bagi hidayah pada bapa Saiful. Fikirkanlah....


GR kata: Nak percaya ke tak terpulang, tapi lihat niat jahat Anwar dah pun terjadi. Rakyat Malaysia tolak budaya samseng!!

Wednesday, May 1, 2013

PANAS: PAKATAN ANGKAT BENDERA PUTIH! AKUI BN MENANG BESAR #PRU13


Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari war room DAP  dan dibandingkan kajian oleh beberapa agensi memang tepat.Di sini Pisau senaraikan maklumat sulit dari beberapa agensi kerajaan cukup yakin BN akan dapat mengekalkan kuasa.

Kajian dibuat sejak penamaan calon hinggalah sekarang meliputi kesemua kawasan parlimen dan dun di seluruh negara.

Jumlah kerusi parlimen putih/menang oleh BN untuk PRU13  setelah lebih seminggu dibuat kajian hingga jam 12 tghari hari ini.

    MIO- 145
    SB-152
    JASA-163
    MKN-168.

Komen 4 agensi ini dilihat sama apabila Pulau Pinang dilihat sukar buat BN untuk menang.Manakala Kelantan,Selangor ,Kedah berjaya dirampas kembali oleh BN. Semua negeri lain kekal dan BN dikatakan menang bergaya.

Maklumat dari war room DAP,indikatornya dilihat hampir sama apabila dibandingkan dengan kajian oleh 4 agensi kerajaan.

Sejak semalam kalangan kakitangan war room dan juga pemimpin DAP berasa lega apabila mereka dijangka akan dapat kekalkan kuasa di Pulau Pinang.Menurut sumber bacaan terkini DAP dan Pakatan rakyat Pulau Pinang sudah pasti akan beroleh kemenangan dengan 21 kerusi dan BN 19 kerusi.Walau pun sedikit cemas di war room kerana BN mengikuti rapat dalam persaingan yang sengit kerajaan pakatan Pulau Pinang bakal mengekalkan kuasa dengan majoriti tipis.

Manakala di Permatang Pauh,Dr Mazlan calon BN diakui memberi saingan yang sengit terhadap Anwar,menurut sumber DAP majoriti undi kepada Anwar setakat ini telah merudum teruk di tempat sendiri strategi BN meletakkan calon yang baik seperti Dr Mazlan memberi kesan besar kepada pengundi Permatang Pauh.Strategi menghangatkan kembali video China Doll kononnya wujud klon dan dilakonkan di Thailand menurut sumber DAP telah memakan diri apabila makin ramai percaya bahawa Anwar punyai masaalah moral. DAP berasa gusar melihat Anwar tidak bijak

Menyedari akan tewas dalam PRU13,arahan telah dikeluarkan oleh strategis pakatan untuk menyebarkan khabar angin kononnya pakatan bakal mengambil alih Putrajaya. Strategi serampang 2 mata ini ,Pertama untuk menambahkan keyakinan jentera dan kedua untuk menarik kembali mood rakyat agar menyokong kepada calon pakatan.

Strategi serampang 2 mata ini juga berperanan untuk membangkitkan sentimen kebencian dan kemarahan apabila keputusan PRU13 dikeluarkan pada malam 5 May nanti kononnya berlaku penipuan oleh SPR . Maka pada 5 May seluruh penyokong pakatan akan turun dijalan raya merusuh dan rancangan untuk menolak keputusan pilihanraya melalui keganasan akan dilaksanakan. - Sumber


GR kata: Rakyat Malaysia bersama BN

Artikel pelbagai