Showing posts with label Aman Kampus. Show all posts
Showing posts with label Aman Kampus. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

PANAS: MAHASISWA #AmanKampus BIKIN HURU HARA DI MASJID INDIA..?? #Bersih3


Siang tadi sekumpulan mahasiswa Aman Kampus telah mengedarkan risalah 3,000 keping kepada masyarakat di sekitar Masjid Jamek, Kg. Baru dan Masjid India sebaik selesai solat jumaat tengah hari tadi.

Pengedaran risalah bertujuan untuk mendapatkan respon masyarakat terhadap demontrasi Mansuh PTPTN yang diadakan baru-baru ini serta demontrasi Bersih 3.0 yang akan digerakkan oleh Pakatan Haprak

Usaha mereka yang murni ini dimaki hamun oleh masyarakat yang berada sekitar Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman, tapi mereka tetap mengedarkan risalah tanpa menghiraukan apa yang dikatakan pada mereka. Itulah puak Pakatan Haprak, perkara yang baik dimaki hamun. Inikah yang boleh dijadikan contoh?? Fikir-fikirkanlah....

Lihat risalah yang diedarkan siang tadi di bawah :





Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Mahasiswa inginkan keamanan bukannya huru hara....TOLAK BERSIH!!!

Friday, April 13, 2012

MAHASISWA PAHANG TAK MINAT TIDO ATAS JALAN!! #AmanKampus


Setelah kampus di Kelantan mereka lawati tempoh hari, fasa ke-2 'Jelajah Aman Kampus - ASPIRASI MAHASISWA' akan mengunjungi Pekan, Pahang di mana mereka akan mendekati penuntut Institut Latihan MARA, POLISAS dan UiTM Shah Alam.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian diadakan oleh Jelajah Aman Kampus dalam usaha mereka mendekati para mahasiswa dan masyarakat untuk mengesan permasalahan yang dihadapi setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

Ternyata inilah mahasiswa yang pandai berfikir secara waras. Ini terbukti dengan program majlis ilmu yang berlangsung malam semalam di Institut Kemahiran Mara Pekan, Pahang disambut dengan begitu meriah. Kelakuan mereka ini ternyata golongan yang baik dan tidak seperti sesetengah mahasiswa yang hanya bertindak mengikut hawa nafsu mereka.



Majlis ilmu yang sungguh manfaat diterima baik oleh seluruh warga IKM Pekan. Mereka ini tidak seperti sesetengah mahasiswa tak der otak, tidak boleh bezakan antara yang baik dan buruk sebab mereka hanyalah kuda tunganggan pada Pakatan Haprak.




Pembaca lihat sendiri gambar-gambar di atas dan renung-renungkanlah jika ingin berjaya dalam hidup haruslah mengikut perjalanan yang sempurna bukan ikutkan nafsu kerana ia boleh membuatkan diri kita binasa.


Baca juga DI SINI dan SINI


GR kata: Mahasiswa harus berfikir dengan bijak demi capai masa depan yang cemerlang...

Saturday, April 7, 2012

VIDEO PANAS: MAHASISWA SOKONG BERSIH 3.0?? #AmanKampus



Si perosak bangsa


GR kata: Mahasiswa jangan sia-siakan maha depan korang. Ingat pesan ibu bapa korang...

Friday, April 6, 2012

VIDEO PANAS: AMBIGA KENA SOUND DENGAN MAHASISWA? MALUNYA.. #AmanKampus

Lihat video ini khas untuk mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia dan fikirlah demonstrasi ini adalah budaya kita sebagai rakyat Malaysia atau pun tidak...





GR kata: Mahasiswa seharusnya menolak sebarang perkara yang boleh menjejaskan masa depan mereka. Fikir matlamat mereka sebagai mahasiswa adalah untuk apa???

Wednesday, April 4, 2012

PANAS #AmanKampus: @AdamAdli KENA HENTAM DENGAN YDP USM!!

Apa sajalah budak hingusan Adam Adli ni. Ada saja yang beliau buat akan mendapat tentangan hebat dari golongan beliau sendiri. Golongan yang beliau maksudkan bukan 'Gay' yer tapi golongan mahasiswa itu sendiri. Pembaca ingin tahu apa dia, jom lihat video di bawah :




GR sokong dengan apa yang dikatakan oleh YDP USM. Mahasiswa adalah generasi pelapis yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Bukan macam Adam Adli & The Geng...apa yang mereka cuba bawakan hanyalah agenda dari Pakatan Pembangkang yang sudah terang-terangan menggunakan mahasiswa sebagai BALACI mereka.

Kepada mahasiswa disekitar pantai timur, ayuh ramai-ramai ke program Aman Kampus 2 di IPTA & IPTS yang tertera di bawah. Pelbagai program sihat dan bermanfaat untuk korang mahasiswa semua boleh sertai. Bukan sibuk duk baring atas jalan jer yer macam mahasewel-mahasewel tu...He he he



GR kata: Rata-rata mahasiswa menolak apa yang dibawa oleh Adam Adli & The Geng....

Sunday, April 1, 2012

PANAS: @AdamAdli PENING LAGI, USAHA BELIAU DIBUANG TEPI JALAN!! #AmanKampus


Jelajah Aman Kampus yang berada di utara tanahair telah pun berakhir hari ini dan mendapat sokongan penuh oleh YDP Majlis Perwakilan Pelajar IPTA ianya juga turut disokong oleh mahasiswa dari IPTS.

Selain itu mahasiswa bukan Melayu turut sama menyatakan sokongan mereka dengan apa yang dilakukan oleh ASPIRASI MAHASISWA dalam menggerakkan program Aman Kampus. Terima kasih kepada mahasiswa yang menyokong program yang baik ini.

Video di bawah khas buat Adam Adli dan budak-budak pro-Militan, sudah pasti mereka berfikir dan menyesal apa yang mereka perjuangakan selama ini hanyalah sia-sia dan mereka ini hanya menjadi kuda tunganggan Pakatan Pembangkang..!!




GR kata: Mahasiswa mana lagi budak-budak pro-M ni nak cekau untuk baring atas jalan kat dataran merdeka pertengahan bulan April nanti yer?? Baring sorang-sorang la gamaknya....

VIDEO PANAS: @AdamAdli KENA SOUND DENGAN BUDAK UUM?? #AmanKampus



Jom kita lihat apa yang ingin diperkatakan oleh 3 orang mahasiswa yang menuntut di UUM mengenai pandangan mereka terhadap program yang dijalankan oleh ASPIRASI MAHASISWA.

Sekali gus untuk Adam Adli yang perangai pun lebih kurang sama dengan Anwar Ibrahim, seorang yang suka syok sendiri dan perasan diri beliau 'diangkat' sebagai pemimpin mahasiswa di Malaysia ni. Umur baru setahun jagung dan berlagak pandai....fikir-fikirkanlah yer!!!

Yang bagusnya mahasiswa ni tak macam mahasewel yang kat bawah ni, betul tak??




GR kata: Ramai ker mahasiswa yang suka baring atas jalan dan pecah pintu pagar universiti macam Adam Adli?? Hi hi hi

Saturday, March 31, 2012

PANAS: SAH! MAHASISWA NI BUAT HAL!! #AmanKampus @khalednordin


Prihatin..suka bantu membantu..berikan sumbangan pada golongan yang memerlukan. Itulah yang boleh GR katakan pada Aspirasi Mahasiswa ini. Perasaan ini yang perlu ada dalam diri setiap insan.

Kali ini Program Jelajah Aman Kampus fasa ke-2 menampilkan sedikit kelainan dari fasa pertama yang dijalankan pada bulan Februari yang lalu. Pada kali ini selain mendekati warga mahasiswa di setiap kampus, pelajar ASPIRASI MAHASISWA turut menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.



Sumbangan berupa wang saku dan barangan keperluan harian dihulurkan sendiri oleh mahasiswa Aman Kampus...

Pada malam tadi di UNIMAP. Acara yang berlangsung di Kampus Wang Ulu ini dihadiri oleh pelajar-pelajar berbilang bangsa. Acara Pentas Anak Muda yang berlangsung pada malam itu penuh dengan pengisian dan motivasi yang boleh diterapkan dalam diri pelajar-pelajar untuk panduan. Gelak tawa, tepukan gemuruh diberikan pada panel-panel yang beraksi penuh bersemangat semasa Pentas Anak Muda berlangsung.




GR kata: Teruskan mahasiswa berbakti kepada agama, bangsa dan negara!!

VIDEO INI BUAT @AdamAdli BERFIKIR TENTANG MASA DEPANNYA!! #AmanKampus



Rasional - itulah ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar, khabarnya pelajar PRO-PEMBANGKANG hanya 'juara' isu luar kampus tetapi gagal menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh mahasiswa di dalam kampus.


GR kata: Golongan mahasiswa yang bijak pandai seharusnya berfikir tentang masa depan mereka. Itu yang terbaik!!

Friday, March 30, 2012

PANAS: KENAPA @AdamAdli MENGAMUK DENGAN PRO-M DI UTARA? #AmanKampus


Apa sebenarnya yang 'Kecoh' dan riuh-rendah di Dataran Perdana Universiti Utara Malaysia pagi tadi?? GR rasa kalau Adam Adli tengok pun dia akan meroyan lagi dengan program mahasiswa Jelajah AMAN KAMPUS bersama warga UUM. Aksi senam robik yang turut diserikan dengan aksi pertahanan diri dari srikandi-srikandi UUM.

Walaupun 'kecoh' dengan aksi senam robik dan seni pertahanan diri oleh warga UUM dan mahasiswa AMAN KAMPUS.

Tapi yang bestnya geng-geng mahasiswa AMAN KAMPUS takder pun buat provokasi baring atas jalan ker, kasi pecah pintu ker kan?? Tak caya tengok gambar di bawah :



Adam Adli confirm meroyan lagi tengok aktiviti-aktiviti sihat program AMAN KAMPUS ni. Ternyata mereka tidak membuat sebarang perkara atau perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri dan juga keluarga mereka.

Sumber: Double Y


GR kata: SYABAS Mahasiswa AMAN KAMPUS! Jom ramai-ramai datang ke UNIMAP, Perlis dan USM, P.Pinang memeriahkanlah lagi program ini....

@AdamAdli TOLAK ANWAR, SERTAI #AmanKampus??


Jika kita lihat gambar di atas, sudah semestinya budak-budak Pro-Militan yang sentiasa dijadikan 'keldai tunganggan' pada puak Pakatan Pembangkang demi menjalankan agenda politik mereka dan kepentingan peribadi mereka saja.

Program 'Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Mahasiswa' yang merupakan fasa kedua Aman Kampus, kini bermula selepas 'Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat' berlangsung dengan jayanya bulan lalu. Bermula semalam selama 3 hari Aman Kampus akan berada di Utara tanahair.

Malam tadi Aman Kampus ke UUM dengan program ceramah motivasi keagamaan oleh Ustaz Junaidi Mat Sabri dengan tajuk "Halwa Cinta = Cinta ALLAH" di Masjid Sultan Badlishah, UUM.




Ayuh semua mahasiswa yang berada di Utara. Hari ini Aman Kampus berada di UNIMAP, Perlis. Jom ramai-ramai datang memeriahkan lagi program ini...



Baca juga di sini


GR kata: Adam Adli meh la join sekali, tengok sendiri ada tak mahasiswa yang baring atas jalan. He he he

Thursday, March 29, 2012

AYUH MAHASISWA DI UTARA JOM SERTAI #AmanKampus


Setelah selesai siri pertama KEMBARA AMAN KAMPUS - MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT yang berlangsung pada 6 Februari - 19 Februari tempoh hari. Siri Jelajah AMAN KAMPUS kini memasuki fasa ke-2 sebelum ke acara kemuncak iaitu Himpunan Aman Anak Muda Bersama Perdana Menteri.

Jika jelajah siri pertama tempoh hari kumpulan ASPIRASI MAHASISWA ini mendekati masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dalam usaha mereka menggali permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Siri ke-2 JELAJAH AMAN KAMPUS membawa kumpulan MAHASISWA yang rasional ini mendekati golongan mahasiswa di setiap IPTA di seluruh negara.

Setiap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan para mahasiswa yang dikumpul oleh peserta JELAJAH AMAN KAMPUS ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi dicari jalan penyelesaian oleh para pemimpin negara dalam memastikan negara serta kampus-kampus di Malaysia terus kekal aman di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh PM.

Sebelum serbu kampus-kampus di bahagian Utara esok, JELAJAH AMAN KAMPUS telah pun mendekati golongan mahasiswa di Kolej MARA Kuala Nerang Kedah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka, Universiti Teknologi Malaysia Johor, Institut Kemahiran Belia Pagoh dan Universiti Tun Hussein Onn. Laporan aktiviti JELAJAH AMAN KAMPUS minggu lepas baca di blog HARAPAN-ESOK [KLIK]

Siri JELAJAH AMAN KAMPUS kali ini juga agak menarik kerana menampilkan bekas mahasiswa yang pernah berjuang dengan kumpulan mahasiswa PRO-PEMBANGKANG yang kini telah sedar bahawa perjuangan yang dibawa oleh kumpulan minoriti itu sebenarnya tidak membawa ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar, sebaliknya kumpulan pelajar PRO-PEMBANGKANG ini dijadikan alat oleh parti politik pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Kumpulan pelajar PRO-PEMBANGKANG mula mengirimkan sms ugutan kepada pelajar ini, tetapi walaupun menerima ugutan dan ancaman. Pelajar ini tetap akan meneruskan JELAJAH AMAN KAMPUS kerana beliau tidak lagi rela dirinya diperkudakan oleh parti politik pembangkang!


GR kata: Mahasiswa tunjukkanlah teladan yang baik pada masyarakat dengan membuat perkara yang berfaedah, jangan buat sesuatu dengan mengikut nafsu dan tanpa berfikir. Korang juga adalah harapan bangsa.

Artikel pelbagai