Monday, March 17, 2014

HOT: RAJA BOMOH BAKAL BERENTAP? INI BARULAH BUKU BERTEMU RUAS! #PrayForMH370 @Khairykj @NajibRazak


Alhamdulillah, syukur walaupun pesawat MH370 masih belum memberikan sebarang klu yang menggembirakan...rakyat Malaysia masih tidak putus asa mendoakan untuk mereka. Inilah yang harus kita contohi dan semangat bersatu padu tak kira kaum yang perlu ada dalam setiap diri manusia.

Dalam kesibukan semua pihak mencari ke manakah hilangnya MH370, ada juga pihak yang tampil untuk menunjukkan 'kehebatan' mereka. GR yakin semua pihak mengalu-alukan jika ada yang sudi tampil memberikan pertolongan. Tapi adakah pertolongan yang diberikan itu ikhlas dan tidak akan mengundang kontroversi?

Jika benar pertolongan yang diberikan tidak melanggar syariat Islam, usahlah buat perkara yang pelik-pelik. Bila ada yang bersuara menyatakan pendapat, janganlah tidak boleh menerima sebarang pendapat. Apa yang penting mohon pertolongan pada Allah S.W.T dengan cara Islam itu lebih memadai.

Pada 'Raja Bomoh' rasanya lawan beliau untuk 'berentap' bukanlah dengan mana-mana pak menteri atau pun orang-orang VVIP. GR rasa lawan beliau yang setanding adalah seperti 'Pendekar Pahang' seperti video di bawah:



Rasanya eloklah mereka berdua nie nak bertampar buaya ke harimau ker. Kita harus ingat, kelebihan yang Allah S.W.T berikan pada kita adalah kurniaan dariNYA. Janganlah kita riak dan takabur atas nikmat yang diberikan. Paling penting jangan salah guna, kurniaan Allah S.W.T berikan pada kita. Berilah pertolongan dengan ikhlas dan bukannya dengan menunjuk-nunjuk. Fikir-fikirkanlah....




GR kata: Macam-macam orang sekarang nie buat benda pelik-pelik!!

3 comments:

Anonymous said...

DUA2 BANGANG PERGI CABAR DAP PERGI CABAR NUAWAR PEGI CABA TERESA KOK DAN PERGI CABAR ORG2 YG MENGHINA ISLAM- DUA2 PENDEKAR RIAK

MENTANG2 NAJIB PM DARI PGG ,,,,,MENTANG2 BOMOH NK TEMPELING KJ YG TAK LAYAK JADI MENTRI
KAU PUN SURFACED SUDAH2 LAH MELAYU GADUH SAMA MELAYU
DAP TEPUK TANGAN .
SEMUA PUNYA AGENDA BILA TANYA - JAWAP SAYA TAK PUNYA APA2 KEPENTINGAN
TAPI KENAPA BERSIARAN
RASA DIRI KUAT TAPI TAK BERTEMPAT
ORG TAK GUNA TANGAN , KERIS , SEKARANG BERMACAM2 SENJATA/ ZAMAN MAT KILAU DAH BERLALU DULU NOT NOW BUDDY

Anonymous said...

Yang pastinya ialah "MELAYU CUMA BERANI TUNJUK KUAT SESAMA MELAYU JE".

Anonymous said...

semuanya kena bertaubat jangan bergaduh sesama melayu islam,simpan semuanya itu,gunakan kpd kafir bila perlu,melayu dah berpecah, jangan rosakkan lagi siratulrahim sesama kita,bala dah cukup banyak sekarang ini,marilah kita ramai-ramai lakukan sembahyang taubat agar negara kita ini tidak lagi di timpa musibah,

Artikel pelbagai