Pertama sekali GR ucapkan tahniah pada Malaysiakini kerana memenangi anugerah Online Media terbaik pada MSMW2014 minggu lepas. Mungkin ramai yang tak tau program menghimpunkan kalangan pengiat media sosial seluruh Malaysia ini telah dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan.
Kenapa Malaysiakini perlu diiktiraf sedemikian rupa? Pertamanya semua kena tahu, Malaysiakini memenangi kategori 'Online Media Terbaik' bukannya dalam kategori politik. Kategori yang dipertandingkan oleh penganjur merangkumi semua aspek. Kategori makanan, pakaian, perniagaan, kereta, sukan dan macam-macam lagi. Nampak sangat Malaysiakini perasan diri sendiri, biasalahkan portal kaki penipu...apa yang disampaikan semuanya korang pikir sendiri lah yer.
Boss Malaysiakini beritahu Zahid kata "Genjatan Senjata"...betul ker? Ada bukti ker kata Zahid cakap macam tu? GR cari dalam semua media sosial baik dari kerajaan dan pembangkang tak der pun. Dalam Malaysiakini lagi lah takder!! Apa citer nie apek tua??
Zahid sampaikan anugerah pun salah ker? Beliau pemimpin yang layak dijemput untuk menyampaikan semua anugerah dalam kategori yang disampaikan. Kenapa GR kata Zahid layak?? Zahid layak kerana beliau mempunyai latarbelakang media dan bergelar Doktor PHD.
Inilah sikap profesional dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh DS Zahid Hamidi dan kerajaan BN yang harus dicontohi. Walaupun Malaysiakini sentiasa laporkan berita yang di spin, anugerah tetap disampaikan kerana pengundi internet yang memberikan pengiktirafan pada mereka melalui undian.
Apa masalahnya Zahid sampaikan anugerah pada pemenang? Ada yang kata sepatutnya DS Shabery Chik yang harus diutamakan menyampaikan trofi kemenangan. Korang gambar kat bawah nie:
Soft Launch oleh DS Shabery Chik
Shabery Chik buat opening dan penutupnya Zahid Hamidi kira oklah tu kan. Inilah sikap terbukaan dan profesional yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN harus dicontohi. GR yakin mereka mungkin tahu senarai pemenang dan inilah kebebasan media yang harus dicontohi. Bukannya macam pembangkang, kita lihat ketika sidang media atau pun program yang dianjurkan oleh mereka...siapa yang mereka benarkan masuk dan tak bagi masuk??
Bravooo!! GR ucapkan pada rakan-rakan blogger yang backup Zahid Hamidi dengan isu yang cuba dipusing oleh Malaysiakini.
Pada penyokong UMNO/BN sudi-sudilah menaikkan taraf media kita. Next year pandai-pandailah kita semua bagi undian pada blogger-blogger pro kerajaan. Mereka ini semua berjuang habis-habisan mempertahankan Kerajaan, menjawab tomahan dan penipuan dari pembangkang dan Malaysikini...blogger-blogger pro-kerajaan pun tak kurang hebatnya. Ini yang perlu diberikan pengiktirafan kerana mereka memberikan input-input yang berFAKTA. Penganjur jangan lupa yer!!
Pada blogger yang mempersoalkan Zahid sampaikan trofi, itu bukan soalnya. Seharusnya kita fikir adakah Zahid benar-benar 'tunduk' pada Malaysiakini? Undian dibuat oleh pengamal media sosial sendiri, bukannya dari DS Zahid Hamidi. GR yakin pendirian DS Zahid Hamidi begitu kuat, yang salah tetap salah..yang betul tetap betul. Berani kerana benar, takut kerana salah.
GR kata: Masuk kandang kambing mengembek, masuk tempat harimau kenalah mengaum!!
4 comments:
Bila Zahid nak bagi ko pingat blogger cacai terbaek?
Masuk kandang babi jadi babi..
Zahid wayang kuat..elokla,sambung pangkat menteri amaran..kahkah
ZAHID ADALAH MENTERI DALAM NEGERI BRO. MASA NAK PEMILIHAN ZAHID BALUN MALAYSIAKINI KERANA BANYAK SPIN, FITNAH. MALAYSIAKINI ANTARA YANG PALING BANYAK ANGKAT ANWAR BANTAI NAJIB. INI POLITIKLAH BRO..HANG KENA TAU INI BUKAN MATEMATIK, 2+2= 4.
AKU PASTI ZAHID ADA PENJELASAN, TAPI ADA RAMAI ORANG LUKA HATI SEBAB HERO DAH LEMBUT !
Bodek je pandai admin blog ini.......toksah nak spin untuk Si Zahid ini lagi dah
Post a Comment