Pertama sekali GR mohon maaf jika tajuk di atas jika kawan-kawan dalam Polis tersinggung. Maksud yang lebih baik ialah Polis sekarang akan lebih 'bertaring' dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam khususnya untuk seluruh rakyat Malaysia.
Sedarkah kita tugas Polis lebih mencabar jika ingin dibandingkan dengan tugas lain. Setiap masa nyawa mereka sentiasa terancam dan itu semua tidak menjadi halangan pada mereka anggota Polis.
Zaman dulu tidak sama macam sekarang....kenapa?? Bila nyawa kita terancam kepada siapa kita mengadu? Bila negara huru hara, kepada siapa kita harapkan untuk menjaganya? Bila kita dirompak atau diragut apatah lagi dibunuh, kepada siapa kita memohon bantuan?
Bila berlaku jenayah berat, kepada siapa kita mengharapkan untuk menyelesaikannya? Fikirkanlah...apa pun GR yakin dengan Akta POCA yang baru ini dan akan dilaksanakan dengan secara tak langsung imej Polis kembali pada landasannya. Zaman kegemilangan ketika Tun Hanif Omar in sha Allah akan kembalikan di zaman Ketua Polis sekarang.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi membanteras jenayah terancang dan berat selepas Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dan dikuatkuasakan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, menerusi akta itu, polis diberi lebih kuasa untuk memeriksa dan menangkap penjenayah.
"Kita (polis) akan laksanakan (operasi) dengan tindakan-tindakan yang diberi kuasa kepada kita oleh POCA," katanya kepada pemberita selepas majlis Bicara Tokoh mengenai isu keselamatan negara daripada perspektif PDRM di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.
Pada 28 Januari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, POCA 2012 akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.
Katanya, antara pindaan yang diperuntukkan dalam POCA ialah ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, tempoh tahanan siasatan dikurangkan daripada 71 hari kepada 60 hari serta Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah diguna pakai.
Selain itu POCA juga menguatkuasakan penggunaan alat pemantauan elektronik (EMD), penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah, perlindungan saksi, syarat pengawasan lebih ketat dan 'sunset clause' iaitu akta ini akan dikaji semula setiap lima tahun, kata Ahmad Zahid.
POCA menyasarkan golongan penjenayah terancang dan jenayah berat dengan ada peruntukan untuk tahanan tanpa bicara sebagaimana yang pernah diperuntukkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 yang telah dimansuhkan. - Bernama
Tahniah pihak Polis, teruskan usaha membasmi jenayah berat hingga ke akar umbi. Doa rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sentiasa mengiringi kalian semua. Jangan ada pihak cuba untuk memperlekehkan tugas Polis sebab bukan apa....yang suka perlekehkan Polis nie, kadang-kadang diaorang sendiri datang 'melutut' pada Polis. Apa citer???
GR kata: Terima kasih Menteri KDN, Terima Kasih IGP dan terima kasih Polis.
No comments:
Post a Comment