Sunday, December 8, 2013

RAKYAT DITIMPA BENCANA BANJIR, MASIH ADA YANG NAK MAIN POLITIK? @fuziah99 @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi @NajibRazak


Pertama sekali marilah kita semua berdoa pada Allah S.W.T agar musibah banjir yang melanda pantai timur dan selatan Malaysia ini reda dengan cepat dan baik seperti sedia kala. Kita juga berdoa agar semua mangsa banjir ini sihat walafiat hendaknya.

Sekarang ini semua pihak turun ke kawasan banjir untuk memberikan bantuan yang terbaik kepada semua mangsa. Rakyat Malaysia juga dari pelbagai pihak seperti swasta dan juga kerajaan turun padang memberikan pertolongan pada mereka.

Bantuan makanan yang lebih menjadi keutamaan. Yelah kan...boleh ke kita ni kalau tak makan dalam sehari? Boleh ke kita makan dari sumber makanan yang tidak bersih? Apa akan jadi kalau kita tak makan dalam sehari? Adakah kita akan bertenaga kalau kita tak makan?

Musim-musim banjir nie jugalah ada juga pemimpin yang MULUT LONGKANG. Masih sanggup menipu rakyat kononnya pihak Kerajaan tidak menyalurkan bantuan. Agensi kerajaan tak turun buat kerja, senang cerita semua PEMALAS ek?




Siapa sebenarnya PEMALAS? Pemimpin mana yang tak turun padang? Tengok gambar di bawah :












GR nasihatkan adalah lebih baik perkara seperti ini tidak perlulah kita politikkannya. Berganding bahu membantu rakan-rakan, saudara mara kita yang lebih memerlukan kita di sana. Pertolongan ikhlas in sha Allah dipandang mulia disisi Allah S.W.T.

Yang MULUT LONGKANG tu lantak demalah, nak cakap apa pun. Bila ditunjuk gambar berikan bantuan, katanya nak tunjuk lagak. Mana pemimpin yang katanya perjuangkan hak rakyat?? Langsung tak nampak bayang pun.

Bila tak update gambar di Facebook ke Twitter ke masuk paper kata kerajaan tak buat kerja. Tepuk dada tanyalah hati....lagi kita layan puak-puak yang tak der otak nie, lama-lama kita pun boleh jadi GILA!!


GR kata: Tahniah dan terima kasih agensi Kerajaan, teruskan beri bantuan pada rakyat. Doakan semoga semua selamat dan baik seperti sedia kala.


1 comment:

Anonymous said...

Should shut the mouth from finding faults and together give helping hands whichever side we from.

Artikel pelbagai