Inilah buktinya , tidak ada negara yang sempurna di dunia ini. Semaju mana pun, sekaya mana pun, ianya bukan satu jaminan. Kalau nak hilang, dalam sekelip mata saja boleh hilang.
Geng-geng media Singapura nampaknya 'amat berhati-hati' mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini. Kebanyakkan media mereka membawakan cerita bahawa insiden ini bermula disebabkan 'isu kemalangan jalan raya'.
Walaupun ada kebenarannya, namun sebab apakah 'isu kemalangan' ini membawa kepada 'isu perkauman'?
Jawpannya mudah : Rasa tidak puas hati layanan yang diterima sesetengah bangsa di Singapura. Betul tak?
Seperti mana yang sedia maklum, Singapura merupakan sebuah negara pulau yang majoritinya penduduknya adalah orang Cina. Menjadi sebuah negara 'Cina' di tengah-tengah kepulauan Melayu, bukanlah satu perkara yang menarik bagi sekutu rapat Amerika dan Israel ini.
Kebangkitan Malaysia dan Indonesia serta negara-negara lain di Asia Tenggara sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kepada pentadbiran pemerintah Singapura. Jika dahulunya Singapura menjadi hub perhubungan, perdagangan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain bagi rantau Asia Tenggara, peranan ini sedikit demi sedikit diambil alih negara-negara jirannya.
Untuk itu, bagi memastikan kelansungan survival Singapura di rantau ini, pemerintah Singapura terpaksa melakukan tindakan 'khianat' bagi memastikan Singapura menjadi pilihan pedagang luar. Antaranya ialah mencampuri urusan politik negara-negara jiran.
Mengambil contoh Malaysia, mahu tidak mahu, suka tidak suka, pemerintah Singapura perlu mengakui bantuan taktikal yang diberikan mereka kepada pembangkang di Malaysia. Ini dapat dilihat dengan perjumpaan rahsia bekas ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, pada 2 April 2009.
Apa motif perjumpaan mereka?
Mengapa diadakan secara sulit tanpa kehadiran para wartawan atau wakil-wakil dari Pakatan seperti PAS?
Bukankah secara tidak langsung ini mengambarkan semacam 'percampuran' urusan hal politik di Malaysia?
PAP Singapura, yang juga menjadi parti pemerintah Singapura juga tidak boleh menafikan perkaitan sejarahnya dengan penubuhan DAP Malaysia. Semua sedia maklum bahawa Lim Kit Siang sendiri merupaka balaci yang dihantar oleh Lee Kuan Yew untuk memastikan survival perjuangan 'Malaysian Malaysia' terus bersemarak dalam hati masyarakat Cina di Malaysia.
Malah menjelang PRU13, didapati sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura dengan bangganya membawa kempen UBAH yang dinaugi DAP di Johor Bahru. Itu semua adalah sebahagian kecil 'campur tangan' Singapura secara tidak langsung dalam mencorakkan agenda politik Malaysia.
Layanan tidak adil pemerintah Singapura yang kerap berbangga propaganda "Integrity, Service, Excellence" adalah punca segala-galanya. Baca DI SINI dan juga DI SINI.
Soalnya di manakah pemerintah Singapura yang diketuai oleh kaum Cina yang gemar mengelarkan diri mereka sebagai seorang yang "Integrity, Service, Excellence" dalam menjalankan hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan ini?
Tidak lain dan tidak bukan, perlembagaan ini hanya menjadi 'satu cetakan' semata-mata tanpa sebarang implimintasi dari pihak berkenaan.
Di manakah kedudukan bangsa Melayu di Singapura?
Di manakah kedudukan pendidikan orang Melayu Singapura?
Mengapakah orang Melayu hanya menjadi balaci dalam sistem pertahanan Singapura?
Tepuk dada...tanyalah hati. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu masih tidak bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang? Ingatlah....walau apa pun yang kita buat haruslah mendapat keredaan Allah S.W.T, dari situlah datangnya keberkatan.
GR kata: PAP DAP bagaikan isi dan kulit!!
No comments:
Post a Comment