Thursday, October 24, 2013

#PRKsglimau PENGUNDI DISARAN UNDI UMNO...KENAPA? @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Pemilihan Agung  UMNO telah pun menutup tirainya. Keputusan telah memihak pada siapa yang bertanding. Betul kata pemimpin tertinggi UMNO, lupakan sengketa di antara dalam UMNO...jika ada. Perjuangan sebenar adalah menentang musuh politik yang cuba untuk merosakkan pemikiran rakyat.

DUN Sg Limau kita semua tahu adalah kubu kuat PAS iaitu penyandang sebelum ini adalah Allahyarham Ust Azizan. GR tidak menolak perjuangan arwah Ust Azizan kerana pendirian beliau jauh berbeza dengan pemimpin PAS yang lain, lebih-lebih lagi Nik Aziz dan Hadi Awang.

Jika sebelum ini PAS sibuk mengetengahkan calon yang berpewatakan Islam yang kononnya sinomim dengan perjuangan mereka, kenapa tidak dengan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Adakah calon PAS, Mohd Azam boleh membawa suara perjuangan arwah Ust Azizan? Pertanyaan ini hanya boleh terjawab dari dalam diri pengundi Sg Limau itu sendiri.

Calon Barisan Nasional(BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim merupakan pendidik berpengalaman dalam bidang pengajian pondok, mahupun peringkat universiti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Ahmad Sohaimi pernah mengajar di dua buah sekolah pondok sebelum menjadi pensyarah universiti.

Calon BN itu merupakan bekas pensyarah kanan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini, dan pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah yang dikenali sebagai Pondok Pak Ya, dan juga Sekolah Agama Fauzi, atau Pondok Fauzi, di sini.

Sebagai bekas pendidik sekolah pondok tentunya beliau mempunyai bekas pelajar dan guru yang turut menyokongnya, kata Jamil Khir kepada pemberita di pusat penamaan calon PRK itu di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Sohaimi ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan BN, berkata beliau yakin dapat membangunkan DUN Sungai Limau dengan lebih baik bagi faedah penduduk di situ.

"Saidina Umar pernah mengungkapkan bahawa hari ini semestinya lebih baik daripada semalam dan hari esok semestinya lebih baik daripada hari ini, jadi kalau zaman Ustaz Azizan (Tan Sri Azizan Abdul Razak penyandang kerusi DUN Sungai Limau) baik, maka hari ini saya berjanji akan buat lebih baik daripada zaman beliau," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Sohaimi mengakui setiap pemimpin mempunyai keistimewaan sendiri dan mereka datang bersilih ganti, justeru setiap pemimpin perlu dipilih masyarakat dengan hati terbuka berdasarkan fakta jelas, pemikiran rasional dan tidak dipengaruhi mana-mana unsur tidak baik.
Bagi beliau, antara visinya adalah untuk menjadi penghubung masyarakat setempat dengan pihak kerajaan, supaya masalah mereka dapat diajukan ke peringkat atasan secara terus.

Pada PRK Sungai Limau itu, Ahmad Sohaimi, 52, berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat, 37.

Pilihan raya itu diadakan berikutan penyandang DUN, Azizan, meninggal dunia 26 September lepas. - BERNAMA

PAS sudah sejak dari awal mendidik tidak menghormati hak dan privisi wanita. Apakah ini cara PAS mendidik ahli mereka? Adalah tidak mengejutkan jika akhlak mereka seperti beruk apabila berhadapan dengan penyokong BN. Korang tengok ni....


Semua sedia maklum, kerana Syiah (dalam PAS) dah mula tunjukkan diri dalam kempen PRK Sg Limau.
 
Kepada saudara ahli dan pengundi pas, kita boleh berbeza pendapat dalam politik namun atas dasar akidah KITA BANGSA MELAYU DAN ISLAM WAJIB BERSATU!!

inilah masanya untuk pengundi PAS BERSIH kan parti ini dari anasir Syiah...Nak tau lebih lanjut korang BACA SINI YER.


GR kata: Rosak dah puak PAS nie!!!

2 comments:

Anonymous said...

ko ni tak habes2 dgn syiah. sebab ni la org Islam dok berpecah pecah. sekarang sape yg dok kuat main politik? berapa ramai dah nyawa melayang sebab projek ic dan syarikat keselamatan kroni? betapa murahnya nyawa rakyat di mata org umno bengap mcm ko ni...

Anonymous said...

dan lagi satu..kemungkinan besar syarikat keselamatan yg mengupah guard pembunuh adalah syarikat kroni umno. dari sumber, syarikat dah byk kali kena batal lesen, tapi boss dia tadahal..bukak company laen,pancing menteri umno..wallaa..lesen dah siap. umno punya syarikat ni jenis nak untung cepat..sop syarikat keselamatan semua taknak ikut..mmg dasar melayu umno. haprak! gebang besar nk tolong rakyat la apa laa..last last apa yg rakyat dapat. ko tgk di bandar kl la cukup, berapa ramai org melayu yg miskin bandar??? berapa ramai pak menteri melayu yg kaya raya..ko bengap ke ape?

Artikel pelbagai