Wednesday, August 21, 2013

NGO DAN PARTI POLITIK TUNJUK PANDAI SANGAT, KAN KENA SOUND DENGAN @Zahid_Hamidi


"Jangan kacau kerja Polis...bagi kepercayaan kepada pihak PDRM menjaga 
keselamatan dan ketenteraman awam"

Bila Polis buat kerja dan tegas dalam tindakan, Polis pula disalahkan sebab kononnya Polis tak ikut SOP. Bila Polis tak buat kerja dan jenayah makin berleluasa ada pula yang menyalahkan Polis...kata Polis penakut, lembik dan macam lagi.

Siapa yang berani sangat jika kes tembak menembak semakin berleluasa di tempat kita? Seharusnya semua pihak akan lebih berhati-hati disebabkan mungkin ada yang terkena peluru sesat. Orang yang tak bersalah terima hukuman. Ada ke patut??

Pendirian DS Zahid Hamidi yang memberi amaran jangan kacau kerja Polis, itu satu tindakan yang wajar. Rakyat seharusnya berterima kasih pada Polis kerana bertindak cepat menghapuskan Gangster cabuk nie.

Seterusnya baca lagi di bawah:


DS Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri adalah individu yang paling dibenci oleh DAP dan PKR, melahirkan iltizam untuk menghapuskan ancaman jenayah yang amat dibimbangi oleh orang awam di Malaysia. Menurutnya, PDRM telah menubuhkan 2 skuad utama untuk memerangi jenayah dan kegiatan pengedaran dadah di negara ini.

Kedua-dua skuad berkenaan akan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan sasaran tanpa melalui saluran birokrasi biasa kepolisian.

Justeru, Zahid mengingatkan kepada NGO dan parti-parti politik agar tidak mengganggu kerja polis mengamankan negara ini dengan pelbagai kerenah serta ulah yang mereka lakukan. Apatah lagi, tuntutan mereka sebelum ini agar kerajaan menghapuskan undang-undang pencegahan walaupun telah diperingatkan bahawa penghapusan undang-undang yang mereka katakan sudah lapuk itu akan meningkatkan kadar jenayah, menyebabkan suasana tidak aman di dalam negara.

Dua buah parti yang cukup kalut membela penjenayah adalah DAP dan PKR. Kedua-dua parti tersebut mempunyai peguam-peguam yang juga merupakan antara pemimpin-pemimpin utama kedua-dua parti berkenaan untuk membela penjenayah dan menyalahkan pihak polis mahupun kerajaan.

PDRM sebelum ini telah mengumumkan bahawa operasi mengesan dan menahan penjenayah akan dilakukan secara besar-besaran. Operasi yang diberi nama Ops Cantas telah berjaya menahan ramai penjenayah dalam sekatan-sekatan jalanraya yang diadakan di seluruh negara. Kebanyakan daripada mereka berusia antara 17 sehingga 45 tahun.

Para pemimpin DAP yang sebelum ini cukup lantang bersuara setiap kali PDRM membuat operasi, kali ini memilih untuk bersikap pasif. Operasi yang dijalankan oleh pihak polis ke atas kumpulan-kumpulan samseng dan sindiket, memberi kesan yang sangat besar kepada parti yang dipimpin oleh anak beranak Lim itu.

Jom kita tengok, berapa lama DAP dan PKR boleh bertahan menggetap gigi menahan marah dengan tindakan PDRM menghapuskan ancaman penjenayah dan kumpulan-kumpulan gangster terutama sekali gangster-gangster Tamil yang berasakan mereka hidup dalam filem-filem dari India!!!


GR kata: Harap tatu jer besar kat badan diaorang nie...semua gangster taik kucing!

No comments:

Artikel pelbagai