Friday, July 19, 2013

TAHNIAH @Zahid_Hamidi DENGAR SUARA HATI WARGA IMIGRESEN MALAYSIA @imigresenmy @KDNPUTRAJAYA


Tiada ungkapan yang lebih bermakna buat seseorang sebagai tanda kita menghargainya kerana dia juga menghargai kita. Ucapan terima kasih yang tak terhingga dari warga Jab. Imigresen Malaysia dengan keputusan yang dibuat oleh KDN iaitu 4 pejabat Imigresen akan menghentikan operasinya pada hari minggu.

Ramai warga Imigresen yang sempat GR jumpa menyambut baik penutupan walaupun 4 pejabat ini. Apa yang mereka impikan selama bertahun-tahun ini tercapai. Keluhan dan suara hati mereka dibawa kepada pihak Menteri KDN diterima baik. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada DS Zahid Hamidi yang mendengar suara hati mereka. Inilah keberkatan di bulan yang mulia ini jika kita lakukan yang terbaik dengan hati yang ikhlas nescaya Allah SWT juga akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik.


Empat pejabat Imigresen di Perak, Melaka dan dua di Kuala Lumpur, tidak lagi beroperasi pada hujung minggu, mulai Sabtu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata lokasi terlibat ialah Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jalan Duta), Pejabat Imigresen Wangsa Maju, Pejabat Imigresen Melaka (Air Keroh) dan Pejabat Imigresen Perak (Ipoh).

Perkhidmatan pejabat Imigresen itu akan dipindahkan masing-masing ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Sentul, Melaka, dan Perak, menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar membuat perancangan awal untuk membuat pasport pada hujung minggu di tempat berkenaan.

Katanya, waktu operasi perkhidmatan UTC di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan bermula dari 8.30 pagi hingga 5 petang dan akan beroperasi seperti biasa selepas bulan Ramadan, iaitu bermula 8 pagi hingga 10 malam.  - Bernama

Makluman yang GR dapat, seluruh kakitangan Jab Imigresen Malaysia mengucapkan jutaaan terima kasih kepada DS Zahid Hamidi. Dengan penutupan 4 pejabat ini, mereka dapat solat dan beribadah serta meluangkan masa bersama keluarga.


GR kata: Tahniah DS Zahid Hamidi dan warga Imigresen semua. Lepas ni boleh cepat siap bila renew passport yer. Hi hi hi

1 comment:

Anonymous said...

Buka tak buka bukan meka anti kerajaan simpati pun..Najib aja syok sendiri..ramai da buang lambang 1 malaysia pada kenderaan meka..memalukan..

Artikel pelbagai