Wednesday, July 17, 2013

TAHNIAH @relamalaysia BAKAL BERUBAH DENGAN IMEJ BARU! @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA @NajibRazak


Tahniah...Alhamdulillah hanya itu ungkapan yang mampu GR ucapkan pada Menteri KDN dan terutama sekali RELA Malaysia. Satu transformasi yang dilakukan oleh KDN untuk agensi di bawahnya.

Kita semua sedia maklum, tugas RELA juga tidak boleh dipandang remeh. Pelbagai tugas kesukarelawan yang dilakukan oleh mereka bersangkut paut dengan rakyat. RELA juga membantu tugas Polis dan anggota keselamatan yang lain menjaga keselamatan rakyat.

Tahniah sekali lagi kepada DS Zahid Hamidi, Transformasi yang dibuat disambut baik oleh warga RELA dan juga KDN. Pelbagai komen yang baik GR lihat di media sosial mahu pun cakap-cakap dari warga RELA sendiri yang sempat bersembang malam tadi di majlis buka puasa. Cadangan yang baik menjadikan RELA sebagai sebuah jabatan dan ini akan membuka peluang kepada rakyat untuk memilih RELA sebagai kerjaya mereka dan bukannya kerana terpaksa.

Barulah sekarang ramai yang buka mata, bila KDN membuat pelbagai perubahan yang baik untuk rakyat. Kita semua tahu setiap agensi di bawah KDN berurusan dengan rakyat. Rakyat juga harus menerima baik setiap perubahan dan penambahbaikan dibuat untuk semua pihak.


Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan memorandum kepada Kabinet bagi mendapatkan kelulusan menjadikan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sebuah jabatan berasingan di bawah kementerian itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, memorandum itu yang akan diusulkan dalam masa dua minggu lagi tidak akan melibatkan sebarang pertambahan peruntukan dan jawatan untuk jabatan berkenaan.

Beliau berkata, selain dapat memperkasa perkhidmatan anggota Rela langkah itu juga diyakini mampu memperkukuh jabatan tersebut menjadi sebuah unit bebas di bawah kementerian itu.

"Walau bagaimanapun, peranan anggota tidak akan berubah iaitu sebuah organisasi kesukarelaan yang membantu polis dan pihak berkuasa lain menjaga ketenteraman awam.

"Melalui memorandum baharu ini juga, imej anggota RELA turut berubah dengan kementerian akan memperkenal pakaian baharu iaitu berbentuk celoreng digital," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Rela di kementeriannya di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abd. Rahim Mohd. Radzi dan Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim.

Menurut Ahmad Zahid, ekoran tidak melibatkan peruntukan tambahan, kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mendapat peruntukan bersetuju menyumbang sebanyak RM20,000 seorang untuk menyediakan pakaian anggota Rela di kawasan masing-masing.

"Kementerian juga telah memutuskan setiap ahli Parlimen akan dilantik sebagai pegawai kehormat sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen yang diberikan terhadap peranan anggota Rela di kawasan masing-masing.

"Melalui memorandum yang akan diusulkan, kementerian juga akan membantu menyediakan setiap kelengkapan bersesuaian kepada anggota Rela semasa menjalankan tugas," katanya.

Dalam pada itu, katanya, Rela masih dalam peringkat perbincangan untuk memperkenal pemakaian pangkat jawatan baharu bagi mengelak persamaan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - Utusan


GR kata: Tahniah RELA

No comments:

Artikel pelbagai