Friday, February 22, 2013

PENCACAI PAKATAN PERGI SEKOLAH BELAJAR, JANGAN JADI BANGANG MACAM NIE!!

Ada seorang cybertrooper PR, iaitu King Jason berkongsi sebuah gambar yang mengandungi seribu persepsi mengatakan bahawa Thailand tiada toll dan Malaysia boleh ada toll, seterusnya menyalahkan kerajaan Malaysia sebagai penipu dan sebagainya. Benarkah fitnah itu?

Kebanyakan toll di Thailand sebenarnya berada dalam lingkungan kawasan Greater Bangkok. Toll di Thailand di bahagi kepada tiga bahagian iaitu expressways, tollways, dan motorways.

Toll di Thailand diletakkan di bawah agensi di bawah Kementerian Pengakutan Thailand, iaitu EXACT (Expressway Authority of Thailand), dan DoH (Department of Highways).

EXAT bertanggungjawab menguruskan Chaloem Mahanakhon Expressway, Si Rat Expressway, Chalong Rat Expressway, Udon Ratthaya Expressway, Burapha Withi Expressway dan Kanchanphisek Outer Ring Road (Bahagian Selatan).

DoH pula bertanggungjawab menguruskan Uttraphimuk Tollway (dulu dikenali sebagai Don Mueang Tollway), Motorway No. 7 (Bangkok-Chonburi), dan Motorway No. 9 (Kanchanphisek Outer Ring Road - kawasan timur Thailand).

Toll di Thailand dicaj dalam lingkungan 40 Baht sehinggalah 55 Bhat mengikut lebuhraya tertentu. Jumlah ini kalau ditukar ke dalam wang Malaysia berjumlah dalam RM 4.15 hingga ke RM 5.71 sen. (Rujuk Google Exchange untuk penukaran matawang).


GR kata: Mak bapak hantar pi sekolah tak ponteng...sekarang bodoh melantun-lantun.

No comments:

Artikel pelbagai