Sunday, January 6, 2013

PANAS: THE GLADIATORS MENGGANAS DI SHAH ALAM!! cc: @Zahid_Hamidi


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menjulang Piala Sumbangsih apabila menewaskan Kelantan menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan.

Kemenangan itu dilihat manis buat ATM yang kalah kepada Kelantan pada final Piala Malaysia dua bulan lalu. Ini kali pertama ATM menjulang Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada tahun 1985.

Penyerang import The Gladiators, Bruno Marteloto menjadi wira ATM apabila menjaringkan gol kemenangan sebelum pemain pertahanan Kelantan, Mohd Daudsu gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Kelantan memperoleh gol awal menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55 manakala ATM pula mendapat gol penyamaan 30 minit kemudian menerusi Fadzly Idrus.

Dengan kemenangan ini juga membolehkan skuad kendalian B. Sathianathan berjaya menebus kekecewaan final Piala Malaysia selepas tewas 2-3 kepada The Red Warriors.


GR kata: Kemenangan ATM hadiah harijadi buat Menteri Pertahanan. Tahniah!!

No comments:

Artikel pelbagai