Friday, November 9, 2012

STATEMENT BANGGANG POK NIK YANG BUAT @n_izzah 'SAYANG SANGAT'! #PRmenipu


Nampaknya isu Nurul Izzah menyokong murtad dikalangan umat Islam masih belum reda lagi. GR juga difahamkan Nurul Izzah akan menarik balik apa yang dikatakan dalam forum tersebut. Boleh percaya ker GAME PLAN depa ni?? Wayang kulit cukup hebat lakonan mereka ni. Lihatlah sapa ketua depa kan...

Dalam isu ini, seharusnya kita sebagai umat Islam mempertahankan agama yang suci ini. Lihatlah OLAMAK SONGSANG pakatan kata ape. Baca di bawah :
KOTA BHARU 9 Nov. - Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.

Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.

"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.

"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini. - UTUSAN

Pembaca lihatlah sendiri dalam pakatan haprak ni, pada mereka tiada sebarang larangan yang boleh diambil kira....baik dalam hukum haram agama dan sebagainya. Pada mereka semua sama saja, baik Islam dan juga bukan Islam. Kalau macam tu mereka hanyalah bertopengkan saja dan tiada nilai murni dalam diri mereka. Jika orang lain buat semuanya haram kalau pakatan buat HALAL.

Dalam perkara ini, umat Islam harus berfikir secara matang. Sememangnya dalam Al-Quran menyebut "Tiada paksaan dalam Islam"...maksudnya ialah tiada larangan dan paksaan untuk orang bukan Islam memeluk Islam, itulah Islam ini agama yang suci. Tapi dalam Islam juga menyebut kita tidak boleh syirik pada Allah S.W.T. Ini jelas menunjukkan kita sebagai umat Islam DIHARAMKAN untuk keluar dari Islam atau lebih senang lagi MURTAD. Itu adalah dosa paling besar pada Allah S.W.T. Fikir-fikirkanlah....


GR kata:  Pok Nik ni tak takut dosa ker? Kitab manalah dia belajar yer...

No comments:

Artikel pelbagai