Wednesday, October 24, 2012

KENAPA PAS TAKUT LAKSANAKAN HUDUD? INI BUKTINYA...


Usaha PAS dalam meneruskan polemik isu pelaksanaan hukum hudud sebenarnya untuk mencari keuntungan politik dan untuk menipu rakyat sahaja. Ini kerana berdasarkan realiti semasa, hukum hudud sukar untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan pindaan Perlembagaan.

Persoalannya, bagaimanakah Pas nak melaksanakan hudud sedangkan madu-madu mereka PKR & DAP sendiri tak bersetuju dengan hudud ini? Sebab itu kita lihat dari dulu lagi pelbagai helah yang Pok Nik berikan untuk mengkaburi pemikiran rakyat.

Umat Islam memang mengalu-alukan hukum hudud, tetapi mestilah dilaksanakan dengan cara dikehendaki agama. Walaupun hudud mahu dilaksanakan, harus mendapat pandangan seluruh rakyat dahulu, kerana rakyat keseluruhanlah yang akan menjalankannya, bukan hanya PAS.


DAP tidak mahu negara Islam, dia fikir hudud sebahagian daripada cara untuk tubuhkan negara Islam. Jadi rasanya, masih jauh lagi untuk kita laksanakan hudud, masih berada di awang-awangan. PAS kata UMNO tolak hudud, sedangkan UMNO sendiri dengan tegas belum buat pendirian lagi. Fikirkan-fikirkanlah....


GR kata: Hukum Hudud PAS suami boleh meliwat isteri....hukum mana diaorang pakai nie?? Jawabnya dari Hudud ke Budu....

No comments:

Artikel pelbagai