Saturday, October 13, 2012

DALAM PAS TIADA HALAL HARAM! RUMAH ALLAH S.W.T PUN BERANI LANGGAR!! @Zahid_Hamidi


Apa lagi yang ingin GR katakan dengan perjuangan PAS ini?? Dari awalnya perjuangkan Islam selepas itu...perjuangkan negeri kebajikan semuanya hanya omong kosong saja. Jika benar mereka perjuangkan Islam kenapa fatwa dan hadith Rasulullah S.A.W dipermainkan begitu saja??

Seperti kita semua sedia maklum, masjid dan surau adalah tempat umat Islam mengerjakan ibadah. Bagi puak-puak PAS ini adalah medan mereka untuk berpolitik. Baik dalam ceramah mahu pun dalam khutbah Jumaat. Mereka seolah-olah tidak takut akan hukum Allah S.W.T terhadap apa yang mereka lakukan, malah sekarang lebih galak lagi berbuat demikian.

GR percaya...PAS sekarang sudah kehabisan modal dalam berpolitik jadi tidak kira tempat mereka akan melemparkan fitnah terhadap apa yang perkara baik yang dibuat oleh Kerajaan. Dalam perkara ini rakyat Malaysia seharusnya berfikir secara logik, apakah perjuangan PAS ini relevan atau sebaliknya. Jawapannya ada pada pembaca sekalian.

Pembaca lihat sajalah gambar di atas, GR bukan ingin mencetuskan isu perkauman. Tapi apa yang PAS buat jelas terbukti dalam satu majlis yang mereka adakan baru-baru ini. Jika ingin berpolitik sekali pun, hormatilah masjid ini sebagai rumah Allah S.W.T. Masjid adalah tempat suci umat Islam menunaikan solat dan beribadah. Adakah mereka-mereka yang terdapat dalam gambar di atas terbukti kesucian mereka...???

Pada Ostad-ostad PAS yang taksub tu...GR sarankan kalau nak berpolitik tu janganlah di dalam masjid atau surau. Berpolitiklah di luar dan hormatilah kesucian rumah Allah S.W.T kerana itu adalah tempat umat Islam beribadah dan menuntut ilmu agama BUKANNYA menuntut ilmu songsang.

DS Zahid Hamidi melawat pembinaan surau baru di Kg Parit 7 Darat, Sg Sumun


GR kata: Pihak berkuasa perlu pantau dan ambil tindakan mereka yang berpolitik dalam rumah Allah S.W.T... Masih ada yang belum daftar sebagai pengundi???

No comments:

Artikel pelbagai