Wednesday, August 1, 2012

2nd UPDATE: WARGA KL CHOW KIT TERHARU PEMIMPIN TURUN PADANG! @ahmadmaslan @NajibRazak @umbkl


Baru sebentar tadi selesai dengan jayanya Program Tamu Sahur dan Nur Ramadhan bersama YB Datuk Hj Ahmad Maslan yang merupakan Timb Menteri di JPM merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Program julung kalinya diadakan untuk kali kedua pada tahun ini kerana mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan pada Ramadhan tahun lepas. Program bermula pada jam 4.00 pagi permulaannya YB Datuk Ahmad Maslan memberikan sumbangan bendera Malaysia pada kenderaan warga KL yang lalu disekitar Jln Tuanku Abd Rahman sempena minggu kemerdekaan.


Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Gabungan NGO Melayu Islam, Penerangan UMNO Malaysia, Skuad Sayang Wanita UMNO, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan beberapa persatuan NGO W.Persekutuan. Datuk Ahmad Maslan juga turut memberikan sumbangan dan beramah mesra dengan penjaja yang berniaga di kawasan Chow Kit.

Program ini dibuat bertujuan memberikan sumbangan pada golongan penduduk Chow Kit yang memerlukan seperti ibu tunggal dan mereka yang hidup susah serta memberikan sumbangan makanan kepada golongan gelandangan sekitar kawasan Jln Tuanku Rahman khususnya di kawasan Chow Kit.

Lihat di bawah GR kongsikan gambar sekitar program berlangsung :







GR kata: Tahniah pada penganjur, program yang baik untuk rakyat.

No comments:

Artikel pelbagai