Monday, July 30, 2012

PERTUKARAN 'PEGAWAI KERAJAAN' NAMPAK KEBODOHAN @MahfuzOmar TERSERLAH AYUNYA! @IsmailSabri60


Berkenaan kenyataan Naib Presiden PAS, YB Mahfuz Omar mempertikaikan pertukaran pegawai-pegawai kerajaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dibuat oleh Menterinya DS Ismail Sabri disebabkan kegagalan kelangsungan Himpunan Hari Koperasi Negara adalah berunsur politik.

Kenapa setiap perkara yang dilakukan oleh pihak Kerajaan mesti dipolitikkan oleh puak pakatan Haprak nie yer? Bukankah setiap pengambilan kakitangan awam kerajaan ketika mula sedia berkhidmat mereka akan diberikan Aku Janji yang membolehkan mereka faham peraturan yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga peraturan dari kementerian atau jabatan kerajaan yang seseorang kakitangan awam itu akan berkhidmat.

Siapa Mahfuz Omar untuk mempertikaikan dasar yang telah dibuat oleh pihak kerajaan setelah sekian lama? Untuk pengetahuan pembaca yang budiman dan YB Mahfuz Omar, fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi-fungsi SPA adalah meliputi perkara-perkara berikut :
     
1. Melantik  
2. Mengesahkan Dalam Perkhidmatan    
3. Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen    
4. Menaikkan Pangkat     
5. Menukar    
6. Menjalankan Kawalan Tatatertib

Sumber: Harakah Daily

Melihat petikan di atas yang GR ambil dari akhbar menipu rakyat Harakh Daily, tidak sepatutnya Mahfuz Omar mempertikaikan tentang pertukaran pegawai-pegawai kerajaan terbabit. Pertukaran ini bukanlah suatu perkara yang besar, kononnya jika pertukaran ini dibuat boleh melemahkan sistem pentadbiran sesebuah kerajaan. Pertukaran jawatan di dalam perkhidmatan adalah perkara biasa yang dilalui oleh semua lapisan kakitangan awam. Pertukaran jawatan yang dibuat atas arahan pihak Kerajaan dalam menstruktur semula organisasi supaya lebih mantap dan dijamin kualiti perkhidmatan.

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan :

"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."

Musykil jugak GR kenapa Mahfuz Omar nie tunjuk lagak pandai macam beliau nie penggubal dasar kerajaan...di kawasan parlimen beliau sendiri Pokok Sena pun tak boleh nak jaga dengan baik keperluan rakyat di sana, inikan pula nak tunjuk pandai. Belajar kasi habis dulu YB, jangan duk hantam keromo saja. Ker pegawai-pegawai yang ditukar ini merupakan kroni-kroni YB Mahfuz Omar dan beliau tak boleh 'cari makan' di jabatan tersebut?? Jeng jeng jeng....


GR kata: Alahai Mahfuz Bean nie...mengaji kasi qatam dulu la kan dah kantoi. Malu woo!!

No comments:

Artikel pelbagai