Tuesday, June 26, 2012

GEMPAR! ALI TINJU TERDIAM DENGAN KENYATAAN HARI NI DI PARLIMEN! cc: @Zahid_Hamidi


Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi berkata satu akta akan ditubuhkan bagi membela nasib bekas anggota tentera yang telah bersara dari perkhidmatan mereka. Beliau memberitahu perkara tesebut pada sidang media di Parlimen, hari ini, bahawa kerajaan akan memberi bantuan seumur hidup kepada bekas pesara dan veteran angkatan tentera.
Zahid turut berkata kerajaan Malaysia memberikan bantuan lebih baik dari apa yang telah dilakukan oleh negara-negara lain kerana bantuan seumur hidup itu turut meliputi bantuan kepada isteri dan anak-anak anggota tentera.

Beliau memberitahu akta yang akan dibahaskan ini dalam Dewan Parlimen akan dibentangkan dan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong bagi membolehkan objektif bantuan ini tercapai.

"Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia termasuk mereka yang telah bersara.

"Melalui akta ini, 202,675 anggota yang memilih berkhidmat secara jangka pendek dan mereka yang telah memohon berhenti sebelum tamat perkhidmatan asas yang ditetapkan 21 tahun, juga layak menerima pencen," katanya.

Bantuan yang akan diberikan kepada bekas anggota tentera yang telah bersara diharap tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu ini (bantuan) tidak harus dipolitikkan kerana usaha ini merupakan bantuan jangka panjang yang akan diberikan kepada mereka.

"Bantuan ini tidak perlu disalahertikan dengan menganggap ia sebagai pujukan daripada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan terhadap rakyat memandangkan pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi.

"Isu tersebut tidak seharusnya timbul kerana usaha ini akan dijalankan untuk jangka masa yang lama dan pihak kami telah melakukan pro-failling skills selama 3 tahun sebelum mereka bersara," katanya kepada pemberita di sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, pro-failling skills tersebut meliputi bidang kerja yang akan mereka ceburi selepas tamat berkhidmat dan bantuan kewangan akan diberikan bagi yang layak. Akta yang akan ditubuhkan begi membela nasib bekas anggota tentera yang telah bersara dari berkhidmat ini akan ditubuhkan setelah diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong.

Sehubungan itu, seramai 202, 675 pesara diharap dapat mendaftarkan diri di persatuan- persatuan yang berkenaan bagi memudahkan penyaluran dan pengagihan wang ini kelak.


GR kata: Ali Tinju tau bertinju jer, mana tau pikir pasal hal kebajikan. Tak sudah-sudah meroyan sana sini, perangai lebih kurang sama macam Ketua Pembangkang tu...Siapa yer??

No comments:

Artikel pelbagai