Saturday, June 30, 2012

BONGKAR: PERANGAI SEBENAR POK NIK AZIZ!?


PADA suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, "jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan".

Tun Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu. Siapa yang auta dalam hal ni?

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong PAS ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke Neraka. Jika orang-orang kita mati dalam PAS akan dimasukkan ke Syurga. Tak pernah pula GR dengar mazhab yang macam ni ada dalam Al-Quran. Kalau ada pembaca yang lebih arif tentang hal ini minta perbetulkan apa yang GR katakan.

Bab-bab kematian ni janganlah dibuat main dan juga dipolitikkkan, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT. Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke Syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana 'mati di jalan yang lurus'.

Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah SWT. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan. Betul tak??

Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak.

Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN? Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.

Pelik bunyinya! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan "orang Sarawak bodoh pakai cawat".

Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai "orang Arab Jahiliah". Pok Nik Aziz hang sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut. Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.

Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, PAS itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.

Orang bukan Islam yang makan daging babi 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi. Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk al-Quran Surah Al-An'Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163.


GR kata: Alahai Pok Nik, dah nyanyuk tu buat cara nyanyuk...Hehe Hehe

6 comments:

Anonymous said...

x baek ckp kt ulamak cm2.. haeh..tobat la hang no..

Gossip Rakyat said...

ulamak yg boleh sesuka hati putarbelitkan fatwa ker??

Anonymous said...

boleh tak tunjuk bukti2 yg Nik Aziz ada ckp macam tu?

Anonymous said...

Semoga anda mendapat hidayah dan petunjuk... Allahhumaamin....

Anonymous said...

Ckp fakta xlgkap,mane owg nk cye,,xlama dh lg bl0g ni,dlm pr0ses rebus bwu..

Anonymous said...

Assalamualaikum..apa khabar saudari? :)

Jangan ikutkan darah orang muda yg sdg membuak2 tu..sebelum tulis apa-apa,siasat dulu habis-habis. Bukan apa,jika kita berada di pihak yg benar, bolehlah kita menjawab segala persoalan yg diutarakan ye? :)

Satu lagi,awk ni Islam ke x? Klu awk seorang muslimah (perempuan Islam), tutuplah aurat ye..mesti lagi manis..awk dah cantik dah,klu pakai tudung,tutup aurat,lagi cantik :)

Artikel pelbagai