Sunday, May 13, 2012

PERGHH!! 20,000 GEGAR #BNYoutJobFair2012! #UMNO66 @Khairykj


Hampir 20,000 pengunjung mengunjungi karnival BN Youth Job Fair sempena ulang tahun UMNO ke-66 di perkarangan stadium Nasional Bukit Jalil yang bermula semalam.

Pelbagai syarikat menawarkan pekerjaan termasuklah syarikat-syarikat besar seperti Boustead, Petronas, Samsung, Johor Corp, Teraju, MRCB termasuklah agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat dan sebagainya.


Paling menarik karnival tersebut turut menyediakan kemudahan kepada mereka yang hadir untuk membuat analisa terhadap keupayaan dan bidang sebenar mereka dalam sektor pekerjaan di negara ini  menerusi radar asia yang disediakan oleh pihak penganjur.

Pengerusi BN Youth Job Fair, Nazir Hussein Akhtar Hussein berkata 40 syarikat terlibat menjayakan pesta kerjaya berkenaan yang menyediakan pelabagai peluang  dalam pelbagai sektor termasuklah dalam sektor pertanian.


Menurut beliau pesta kerjaya kali ini cukup berlainan berbanding sebelum ini yang mana ianya diadakan sempena ulang tahun UMNO ke-66 dan mempunyai beberapa kelainan lain.

“Oleh kerana kawasan yang terhad, ruang kita pun terhad kepada beberapa syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang hadir sepanjang tiga hari dua malam karnival ulangtahun UMNO ke-66 ini.

“Cuma apa yang kita harapkan orang ramai terus-menerus datang ke karnival ini yang bukan sahaja terdapatnya karnival pekerjaan, malah pelbagai program lain  yang saya nampak cukup menarik ,” katanya.


Sementara itu, seorang pelajar daripada Hulu Langat Nurhazirah Rusli, 22  yang mengikuti pengajian jurusan kewangan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) melihat karnival berkenaan cukup baik yang memberi banyak peluang kepada para pelajar untuk mencari bidang pekerjaan yang sesuai dengan jurusan mereka.

“Saya amat menyokong penuh program seperti ini kerana ianya membuka ruang dan peluang kepada pelajar seperti saya untuk mencari kesesuaian bidang pekerjaan yang sesuai dengan jurusan yang diambil.

“Kadangkala kita pun tidak tahu skop apa yang diperlukan dan bidang mana yang ada keperluan serta apa kelebihan kita untuk menceburi bidang-bidang pekerjaan tertentu terutama dalam persaingan hari ini.

“Jadi amat bertepatanlah program ini diadakan dan mahasiwa serta para graduan seharusnya mengambil peluang ini untuk  mendapatkan pekerjaan yang sesuai khususnya bertepatan dengan bidang pengajian,” katanya.

Sementara itu seorang graduan ketika ditemui pada karnival berkenaan, Ahmad Zairi Azhar turut menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Pemuda BN itu kerana membuka peluang kepada graduan menganggur untuk mencari pekerajaan. Beliau yang baru menamatkan pengajian pada tahun ini daripada UiTM Sekudai seterusnya menambah karnival seumpama itu perlu diperbanyakkan kerana banyak peluang yang disediakan oleh syarikat yang terlibat.

“Kalau boleh setahun ada empat atau tiga kali pun ok……Ianya memberi banyak faedah kepada golongan seperti saya untuk mencari pekerjaan. Saya sangggup datang daripada Seremban semata-mata untuk merebut peluang yang disediakan oleh syarikat yang terlibat. Harap-harap impian dan permohonan saya hari ini mencapai kejayaan dan terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan program kerjaya ini,” katanya. - UMNO-online


GR kata: Tahniah Pemuda BN, berjaya memberi ruang kepada masyarakat mencari peluang pekerjaan.

No comments:

Artikel pelbagai