Monday, May 7, 2012

LARIAN SANG SAKA TAWAN SATU KL!! @RajaNongChik @rizalmanmokhtar @razlanrafii


Semalam telah berlansungnya Larian Sang Saka Bangsa (bendera UMNO) Peringkat Wilayah Persekutuan (WP) yang disempurnakan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik dari Rumah Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Lorong Maarof pada jam 8.30 pagi.


Selepas pelancaran larian di Parlimen Lembah Pantai oleh YB Senator Datuk Seri Raja Nong Chick, pelari dari Lembah Pantai bertukar sebentar td di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Walaupun hujan semalam tetapi semangat yang ditunjukkan oleh pelari tidak pudar, teruskan larian hingga ke Masjid W.Persekutuan Jalan Duta dan disambut oleh pelari dan peserta dari UMNO  Bhgn Segambut.


Secara keseluruhannya Larian Sang Saka telah pergi ke setiap bahagian UMNO di W.Persekutuan seperti Kepong, Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa dan seterusnya berlari ke Pejabat UMNO Bhgn Cheras. Sekitar jam 5.30pm, Sang Saka Bangsa akan tiba di Pusat Giat Mara, Tmn Salak Jaya Bhgn Seputeh.



Selepas itu, Sang Saka bangsa diberikan kepada pelari di Sekolah Menengah Seri Permaisuri dan akan diarak terus Pejabat UMNO Bhgn Bdr Tun Razak, Taman Tenaga adalah destinasi yang terakhir.



GR kata: Bersatu Bersetia Berkhidmat

No comments:

Artikel pelbagai