Monday, April 30, 2012

PANAS #Bersih3: NIK AZIZ SUKA PENDEMO BIKIN HURU-HARA..!!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada peserta perhimpunan Bersih 3.0 dan mengaku memberi duit poket kepada ahli-ahli Pas yang menyertai perhimpunan itu semalam.

Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau memberikan duit poket itu atas kapasiti peribadi kepada ahli Pas di kawasannya yang meminta bantuan kewangan untuk menyertai demonstrasi haram tersebut.

“Apa salahnya bayar minyak dia, dia dah tinggalkan rumah, dia nak pergi, duit tak ada, minta duit minyak Tok Guru, apa susahnya.

“Saya beri duit peribadi, saya beri duit saya, duit poket, dia nak pergi mintalah duit Tok Guru, mana ada duit hendak pergi sendiri ke Kuala Lumpur, kena bayar kereta, hotel dan makan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pas Kelantan memberi wang kepada peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, semalam yang mencetuskan keganasan termasuk merosakkan harta awam, mencederakan anggota polis dan petugas media.  - Utusan


GR kata: Mana Nik Ajis dapat duit banyak-banyak ni yer??

1 comment:

Anonymous said...

nak tuduh xde bukti xyahla buat post der.. haha.. mulut busuk, hati busuk, post busuk, blog pun busuk, asyik duk hina org jer.. pergi taubat suda.. haha..

Artikel pelbagai